Berita Harian

Pesalah kes toksik mesti dihukum setimpal

-

insiden pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor yang menarik perhatian umum ketika ini, Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iguru) menggesa kerajaan negeri agar mengambil tindakan tegas ke atas pesalah kes itu.

Warga iguru amat bersimpati dengan semua mangsa yang terbabit dalam kes pembuangan sisa kimia di Pasir Gudang itu. Setakat ini lebih 500 murid mendapat rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital dan banyak juga sekolah ditutup operasi akibat impak pembuangan sisa kimia ini.

Kita juga kesal atas kelewatan tindakan diambil dalam menangani kes ini kerana ia memberi kesan kesihatan dan keselamata­n nyawa kepada banyak pihak, khususnya murid sekolah yang terjejas.

Tindakan segera

Atas sebab itu, iguru berharap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera untuk menghukum pesalah dan mengutamak­an keselamata­n murid.

Semua pihak membabitka­n pelbagai agensi kerajaan, pihak sekolah, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta ibu bapa perlu bekerjasam­a menangani isu ini.

Kita percaya khidmat nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan amat penting, selain memastikan tiada maklumat palsu berkaitan kejadian ini disebarkan sehingga menjadi viral.

Akhir sekali, iguru menggesa semua pihak mengambil langkah keselamata­n dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak kes berkenaan lebih mudarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia