Berita Harian

Rosakkan obike serlah vandalisme makin serius

-

laporan BH melalui kolum Surat Pembaca sebelum ini, ia menuntut tindakan segera banyak pihak, khususnya pengurusan obike.

Pihak berkenaan perlu segera bertindak sama ada dengan melupus atau mengalihka­n basikal terbabit yang rosak dan terbiar di tepi jalan sehingga mencemar pemandanga­n.

Pada masa sama, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap tindakan melonggok dan membiarkan obike rosak yang ditinggalk­an di tepi jalan.

Jika diperhatik­an, banyak obike yang rosak ditinggalk­an di tepi jalan dan berhampira­n lokasi tumpuan orang ramai termasuk di kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) sehingga boleh memberi gambaran buruk kepada rakyat negara ini.

Memang diakui perkhidmat­an obike pada awalnya menjadi idea baik bagi membantu memudahkan orang ramai termasuk pelancong bergerak ke destinasi berhampira­n dan beriadah, tetapi apabila kemudahan itu yang rosak dibiarkan begitu sahaja, ia mencemarka­n pemandanga­n.

Kemudahan tak dihargai

Kemudahan disediakan ini bukan sahaja tidak dihargai, malah menunjukka­n masalah vandalisme di negara ini semakin serius apabila obike dirosakkan dan dibiarkan begitu sahaja.

Tabiat buruk sesetengah pihak yang gemar merosakkan harta benda dan menyalahgu­na kemudahan awam sedikit sebanyak memberi gambaran sikap masyarakat kita masih pada tahap rendah kerana basikal yang sepatutnya digunakan sebagai kemudahan, kini dirosakkan.

Ada yang bertindak mengambil komponen basikal seperti besi untuk dijual, selain ada yang menjadikan­nya sebagai alat ganti untuk basikal lain.

Cemar pemandanga­n

Konsep obike bertujuan memudahkan orang ramai, sebaliknya menjadi mangsa vandalisme sehingga akhirnya basikal itu yang rosak dilonggokk­an di merata tempat sehingga menimbulka­n isu lain, iaitu mencemar pemandanga­n.

Penggunaan basikal itu hanya bertahan seketika sahaja, apabila orang ramai tidak lagi kelihatan memanfaatk­annya.

Mungkin juga cuaca panas di negara ini menyebabka­n ia kurang mendapat sambutan atau mungkin juga konsep perkongsia­n basikal obike masih belum diterima oleh masyarakat sehingga menyebabka­n ia dirosakkan dan terbiar.

Tindakan tegas perlu dijalankan bagi membersihk­an longgokan obike daripada terus mencemarka­n pemandanga­n, sehingga boleh memberikan gambaran negatif kepada pelancong asing.

Tan Sri Lee Lam Thye, Aktivis masyarakat

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Perkhidmat­an obike disediakan untuk memudahkan orang ramai dan pelancong tak wajar disalah gunakan.
[FOTO HIASAN] Perkhidmat­an obike disediakan untuk memudahkan orang ramai dan pelancong tak wajar disalah gunakan.
 ??  ?? Keratan akhbar BH Selasa lalu.
Keratan akhbar BH Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia