Berita Harian

Angka kematian meningkat

Jenazah mangsa mula diserah kepada keluarga untuk pengebumia­n

- Christchur­ch

Jenazah beberapa mangsa kejadian tembakan rambang di dua masjid di sini, diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing untuk pengebumia­n mulai semalam.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern, berkata angka kematian meningkat kepada 50 orang selepas pihak polis menemui satu lagi mangsa, ketika memindahka­n mayat yang berada di dalam Masjid Al Noor, semalam.

Mengikut amalan agama Islam, proses pengebumia­n jenazah perlu dilaksanak­an dalam tempoh 24 jam, tetapi prosedur siasatan menyebabka­n terdapat polis lewat menyerahka­n mayat kepada keluarga.

Ardern berkata, jenazah mangsa akan mula diserahkan kepada keluarga masing-masing mulai malam Ahad.

“Buat permulaan beberapa mayat akan diserahkan kepada keluarga dan ia dijangka selesai menjelang Rabu ini,“katanya dalam satu taklimat media.

Mangsa ke-50 ditemui

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis, Mike Bush, berkata mayat mangsa ke-50 ditemui di dalam Masjid Al Noor.

Lebih 40 umat Islam maut ditembak di dalam masjid berkenaan, sebelum suspek, Brenton Tarrant, 28, melakukan tindakan sama di Masjid Linwood.

Sebahagian besar mangsa adalah pendatang atau pelarian dari beberapa negara seperti Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Turki, Somalia, Afghanista­n dan Bangladesh.

Pada taklimat media itu juga, Ardern berkata, beliau sudah dihubungi oleh ketua operasi Facebook, Sheryl Sandberg, yang memaklumka­n bahawa pihaknya menyedari mengenai semua perkara yang berlaku.

“Ia adalah satu isu yang akan saya bincangkan secara terus dengan Facebook,” kata Ardern.

Terdahulu, Facebook dalam mesej di Twitter berkata, pihaknya sudah mengeluark­an kira-kira 1.5 juta video membabitka­n insiden serangan di Christchur­ch itu, dalam tempoh 24 jam selepas kejadian berkenaan.

Pengendali media sosial itu juga mengesahka­n mereka turut mengeluark­an semua versi yang sudah diedit di dalam talian, walaupun ia tidak mempunyai kandungan grafik.

Sementara itu, polis New Zealand bertindak menutup operasi Lapangan Terbang Antarabang­sa Dunedin, selepas menemui satu peranti yang diragui di lapangan terbang itu.

“Lapangan Terbang Antarabang­sa Dunedin kini ditutup.

“Polis sudah dikerah di lokasi dan pasukan pakar sudah berada di lapangan terbang bagi menyiasat kandungan peranti,“katanya dalam satu kenyataan.

New Zealand kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi, susulan insiden serangan di Christchur­h berkenaan dan Tarrant, dilaporkan menetap di Dunedin.

Salah seorang kakitangan Air New Zealand yang berada di lokasi memberitah­u AFP, tiada arahan untuk mengosongk­an bangunan terminal.

 ??  ?? Salah seorang ahli keluarga mangsa bersama anaknya, ketika menghadiri majlis peringatan di Jalan Dean di Christchur­ch.
Salah seorang ahli keluarga mangsa bersama anaknya, ketika menghadiri majlis peringatan di Jalan Dean di Christchur­ch.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia