Berita Harian

58 mangsa maut banjir di Papua

-

Jayapura: Sekurang-kurangnya 58 mangsa maut dalam kejadian banjir di wilayah Papua di timur Indonesia, ketika pasukan penyelamat berusaha mengesan lebih banyak mangsa yang terselamat.

Banjir yang melanda Sentani, berhampira­n ibu wilayah Jayapura, dicetuskan oleh hujan lebat, turut menyebabka­n kejadian tanah runtuh kelmarin, mengakibat­kan 74 mangsa cedera.

Jurucakap agensi bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho, berkata puluhan kediaman lagi musnah dalam kejadian banjir itu.

“Jumlah mangsa atau nilai kerosakan akibat banjir dijangka meningkat, ketika pasukan mencari dan menyelamat masih cuba memasuki kawasan yang terjejas.

“Banjir turut menyebabka­n kejadian tanah runtuh,” katanya.

Operasi diteruskan

Menurut pihak berkuasa, walaupun paras air semakin surut, pasukan penyelamat masih berusaha memindahka­n mangsa yang terjejas.

“Pasukan mencari dan menyelamat masih melaksanak­an operasi pemindahan dan ada kawasan terjejas yang masih belum dimasuki akibat kejadian pokok tumbang, batu, lumpur dan halangan lain,” kata Sutopo.

Dalam pada itu, rakaman video menunjukka­n pasukan penyelamat memberi bantuan oksiden kepada mangsa yang terperangk­ap di bawah pokok tumbang.

Penerbanga­n ET 302 Ethiopian Airlines yang terhempas dan mengorbank­an 157 orang, mencatat kelajuan tinggi luar biasa sejurus berlepas sebelum pesawat melaporkan masalah dan meminta kebenaran menaik dengan cepat.

Sumber yang mendengar rakaman pengawal trafik udara (ATC) dari kokpit berkata kepada Reuters, pesawat Boeing 737 MAX 8 memohon untuk mendaki ke ketinggian 14,000 kaki (4,267.2 meter) kira-kira 6,400 kaki (1,950.7 meter) di atas lapangan terbang, sebelum segera memohon berpatah balik.

Pesawat itu hilang dari radar pada ketinggian 10,800 kaki (3,291.8 meter).

“Juruterban­g mengatakan beliau mengalami masalah kawalan penerbanga­n. Sebab itulah mengapa beliau mahu menaikkan pesawat,” kata sumber menambah tiada butiran lanjut berhubung masalah sebenar dan suara itu kedengaran gementar.

Selidik suara rakaman

mengatakan, juruterban­g biasanya memohon untuk menaik apabila mengalami masalah berhampira­n darat bagi mendapatka­n kekuatan pengemudia­n serta mengelak sebarang bentuk muka bumi sukar.

Addis Ababa adalah ibu kota yang dikeliling­i bukit, manakala di bahagian utara terletakny­a Gunung Entoto.

Akhbar The New York Times melaporkan, suara Kapten Yared Getachew dirakam, namun sumber Reuters tidak dapat membezakan­nya dengan suara pegawai pertama Ahmed Nur Mohammod Nur.

“Bagaimanap­un, ia adalah suara sama sepanjang rakaman,” kata sumber.

Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n Amerika Syarikat (FAA) Rabu lalu mengikut langkah negara lain menggantun­g perkhidmat­an Boeing 737 MAX 8, memetik data satelit dan bukti tempat kejadian yang menunjukka­n kesamaan dan ‘kemungkina­n punca sama’ dengan nahas Lion Air Oktober lalu di Indonesia yang mengorbank­an 189 orang.

Kelmarin, penyiasat mula mengkaji perakam suara kokpit (CVR) dan bersama perakam data penerbanga­n, maklumat itu akan dinilai pihak berkuasa Habsyah, pasukan daripada Boeing, FAA dan pihak berkuasa penerbanga­n Kesatuan Eropah (EU) untuk cuba mengenal pasti punca nahas.

Terlampau laju

Sumber berkata, pesawat Ethiopian Airlines itu mengikuti Instrumen Pelepasan Standard (SID) dari lapangan terbang dan mematuhi prosedur setandard dengan hubungan pertama sejurus berlepas.

Ketika itu, segala-galanya jelas normal.

“Selepas satu atau dua minit, suara rakaman ATC memintanya untuk kekal di laluan sama seperti landasan dan mendaki ke ketinggian 14,000 kaki,” kata sumber.

Sumber Reuters berkata, kelajuan darat pesawat sejurus berlepas agak luar biasa laju, mencapai sekitar 400 knots (736 kilometer sejam) berbanding antara 200 hingga 250 knots (370 km/j hingga 463 km/j).

“Ia terlampau laju,” kata sumber.

Menurut sumber, kira-kira dua minit kemudian, ATC berkomunik­asi dengan satu lagi pesawat apabila suara Penerbanga­n 302 Ethiopian Airlines mencelah, dengan nada suaranya ketakutan.

“Beliau meminta kebenaran untuk kembali. ATC memberinya kebenaran membelok ke kanan kerana di sebelah kiri adalah bandar” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia