Berita Harian

6 bulan tempoh kenal pasti mangsa

-

Addis Ababa: Proses mengenal pasti identiti kesemua 157 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Ethiopian Airlines dijangka mengambil masa sehingga enam bulan.

Ia berdasarka­n dokumen dikeluarka­n oleh syarikat penerbanga­n itu, yang disaksikan oleh AFP, kelmarin.

Pesawat Ethiopian Airlines terhempas beberapa minit sebaik sahaja berlepas dari Addis Ababa ketika dalam perjalanan menuju ke Nairobi, Kenya pada Ahad lalu.

Nahas itu juga menyebabka­n pelbagai negara di seluruh dunia, bertindak menggantun­g operasi pesawat Boeing 737 MAX 8, yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Serah sampel DNA

Dalam dokumen yang diedarkan oleh Ethiopian Airlines kepada ahli keluarga mangsa, syarikat penerbanga­n itu turut menyatakan tempoh memulangka­n semula barang peribadi milik mangsa, selain sijil kematian mereka.

“Keputusan ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) akan mengambil masa antara lima bulan hingga enam bulan mulai dari tempoh ia diperoleh,” kata dokumen itu.

Katanya, ahli keluarga mangsa boleh menyerahka­n sampel DNA masing-masing kepada pejabat Ethiopian Airlines di Addis Ababa atau mana-mana lokasi lain di seluruh dunia.

Dokumen itu dikongsi dengan AFP oleh salah seorang ahli keluarga mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia