Undian awal bermula

Ratusan ribu rakyat penuhi pusat mengundi

Berita Harian - - DUNIA -

Ratusan ribu pengundi awal memenuhi sekolah, kawasan meletak kenderaan dan rumah ibadat di seluruh Thailand, semalam, pada proses pengundian awal pilihan raya negara itu.

Ia diadakan kira-kira seminggu sebelum pilihan raya umum negara itu yang dijadualka­n berlangsun­g pada 24 Mac ini, iaitu yang pertama dalam tempoh lapan tahun.

Walaupun, proses pengundian awal sering mendapat sambutan hangat pengundi, tetapi keghairaha­n mereka untuk menunaikan tanggungja­wab masing-masing dalam dilihat semalam, berdasarka­n jumlah mereka yang hadir di pusat mengundi.

Lebih 2.3 juta rakyat Thailand dijangka mengundi sebelum tempoh 24 Mac ini.

Sejak rampasan kuasa tentera pada 2014, yang mengguling­kan pentadbira­n bekas perdana menteri, Yingluck Shinawatra, junta tentera sering menangguhk­an tarikh pilihan raya.

“Akhirnya, saya berpeluang untuk mengundi, selepas menunggu bagi tempoh yang pan- jang,” kata Paka Kaengkhiew, 48, ketika ditemui sedang beratur di depan pejabat daerah Phra Khanong di sini.

Tunai tanggung jawab

Di daerah Dusit, iaitu lokasi menempatka­n pejabat tentera dan bangunan kerajaan, pengundi memenuhi pekarangan sekolah, sementara menunggu pusat mengundi dibuka.

Dengan berpakaian pejabat, antaranya pakaian seragam tentera, hospital dan kasual, mereka menunggu dengan sabar untuk menunaikan tanggung jawab mereka, dengan bantuan pelajar sekolah.

Tepat jam 9 pagi (waktu tempatan), ketua Majlis Penasihat diraja kepada Raja Maha Vajiralong­korn, Prem Tinsulanon­da, tiba di sekolah berkenaan.

Sambil disaksikan oleh media tempatan dan antarabang­sa, Tinsulanon­da, 98, yang menaiki kerusi roda, dibawa masuk ke dalam bilik darjah yang dihiasi gambar mendiang Raja Bhumipol, sebelum melangkah ke ruang mengundi disediakan.

Lebih 51 juta rakyat Thailand layak mengundi pada 24 Mac ini, yang bakal dipantau oleh Perlembaga­an yang digubal oleh tentera.

Menurut penganalis­is, sistem pilihan raya baharu ini, memberi kelebihan kepada parti berkaitan tentera yang diketuai ketua junta, Prayut Chan-o-cha, yang turut bertanding sebagai calon perdana menteri, sebaik sahaja kerajaan ditubuhkan.

[ FOTO EPA ]

Rakyat Thailand beratur ketika menunggu giliran untuk mengundi di satu pusat mengundi di Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.