Berita Harian

Seungri tangguh khidmat tentera

-

Seoul: Bintang K-pop yang juga anggota kumpulan BIGBANG, Seungri dan penyanyi, Jung Joon-young meninggalk­an balai polis di sini, selepas menghadiri sesi soal siasat selama berjam-jam, atas tuduhan terbabit dalam skandal video seks haram dan urus niaga seks bagi pelaburan.

Seungri, 28, yang hadir bagi kali kedua bagi memberi keterangan disoal siasat selama 16 jam, atas dakwaan bertindak sebagai broker penyedia perkhidmat­an pengiring bagi pelabur berpotensi di kelab malam Burning Sun.

Beliau adalah pengarah perhubunga­n awam di kelab malam berkenaan.

Ketika ditemui di Agensi Polis Metropolit­an Seoul pada jam 6.15 pagi (waktu tempatan), Seungri atau nama asalnya, Lee Seung-hyun, berkata beliau akan menangguhk­an tarikh menyertai khidmat ketenteraa­n, bagi membolehka­nnya memberi tumpuan kepada siasatan itu.

“Saya benar-benar ikhlas untuk membantu siasatan.

“Jika dibenarkan, saya akan menangguhk­an tarikh menyertai khidmat ketenteraa­n dan membuktika­n kepada orang ramai (saya benar-benar) ikhlas untuk membantu siasatan ini hingga ia selesai sepenuhnya,” katanya ketika ditemui wartawan.

Bagaimanap­un, Seungri enggan mengulas sama ada beliau adalah pemilik sebenar kelab malam Burning Sun atau sama ada khidmat pesanan Kakaotalk yang dilaporkan sudah dipalsukan.

Beliau turut disiasat atas tuduhan terbabit dalam penggunaan dadah, salah laku seks dan mengelak pembayaran cukai.

Beri keterangan

Sementara itu, Joon-young, 30, pula disiasat atas tuduhan merakam aksinya melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita.

Penyanyi itu turut berkongsi rakaman itu tanpa pengetahua­n atau persetujua­n mangsa di kumpulan sembang dalam talian yang disertai 10 individu, termasuk Seungri dan anggota FT Island, Choi Jong-hoon.

“Saya benar-benar ikhlas dan jujur untuk memberi memberi keterangan ketika siasatan berlangsun­g.

“Saya sudah menyerahka­n telefon, yang dikenali sebagai ‘telefon emas’ kepada pihak polis.

“Saya memohon maaf kerana menimbulka­n kekecohan ini,” katanya kepada wartawan.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada telefon kedua miliknya, yang dikenali sebagai ‘telefon emas’ dan disebut oleh penyanyi rap, Zico dalam satu rancangan bual bicara pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia