Berita Harian

Sandiaga bantu raih sokongan Prabowo

-

Jakarta: Kempen pilihan raya presiden kali ini, dilihat lebih menonjolka­n calon naib presiden, Sandiaga Uno berbanding Prabowo Subianto.

Pada Januari lalu, pasukan kempen Prabowo-sandiaga melaporkan bahawa Sugiaga sudah menyumbang sebanyak AS$2.73 juta (RM11.16 juta) atau 73 peratus daripada keseluruha­n AS$3.79 juta (RM15.49 juta) dana yang berjaya dikumpul pasangan itu, dalam kempen mereka sepanjang tiga bulan lalu.

“Jika kita semak pecahan laporan itu, sudah tentu dana yang disumbangk­an oleh Sandiaga adalah lebih banyak berbanding Prabowo,” kata bendahari pasukan itu, Thomas Djiwandono kepada wartawan, selepas mengemukak­an laporan rasmi dana kempen kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya Awam (KPU).

Dengar rungutan pengundi

Sejak diumumkan sebagai pasangan Prabowo dalam pilihan raya pada Ogos lalu, ahli perniagaan yang kini menceburi bidang politik, dilihat lebih popular berbanding calon presiden itu.

Sandiaga dilihat sudah mengadakan lawatan ke beberapa pasar tradisi di seluruh negara, mendekati ramai pengundi wanita, yang dipanggiln­ya sebagai ‘emak-emak’, sambil mendengar rungutan mereka mengenai harga makanan asas.

Sebelum ini, sudah dijangkaka­n bekas peneroka modal berusia 49 tahun itu, yang sering tersenarai sebagai 50 individu terkaya di Indonesia, dalam majalah Forbes, akan menjadi pengaruh besar dalam saingan Prabowo untuk menjadi presiden.

Kelebihan utama Sandiaga untuk mencabar penyandang, Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan pasanganny­a, Ma’ruf Amin, adalah kedudukann­ya sebagai individu terkaya antara keempat-empat mereka, dengan nilai kekayaan sebanyak AS$357.65 juta (RM1.46 bilion).

Manakala, Prabowo yang juga menantu bekas presiden Soeharto, yang berasal dari keluarga berpengaru­h adalah penyumbang kedua terbesar kempen, dengan sumbangan sebanyak AS$911,665 (RM3.73 juta) atau 24.2 peratus daripada jumlah keseluruha­n dana kempen.

Tarik pengundi muda

Walaupun, kehadiran Sandiaga berjaya menebus kegagalan Prabowo bagi menarik perhatian pengundi muda, pemerhati politik turut mengkritik peranan beliau sepanjang kempen.

Penyertaan Sandiaga menunjukka­n bahawa politik Indonesia masih didominasi hubungan antara pelindung dan pelanggan, iaitu menyaksika­n ahli perniagaan berpeluang meraih kedudukan dalam bidang politik, sekali gus menguasai sumber negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia