Berita Harian

Kelab kerdil aibkan skuad Ranieri

-

Rom: Kelab AS Roma kendalian Claudio Ranieri dikejutkan dengan kekalahan 2-1 oleh kelab bergelut SPAL, sekali gus terlepas peluang merapatkan jurang dengan pesaing tiket Liga Juara-juara, Inter Milan dan AC Milan.

Milan di tangga ketiga, satu mata di depan Inter, manakala Roma di tangga kelima ketinggala­n tiga mata dalam perebutan ke pentas elit Eropah itu musim depan.

Ranieri memenangi perlawanan pertamanya, 2-1 ke atas Empoli, selepas mengambil alih pasukan daripada Eusebio Di Francesco yang dipecat.

“Saya mengharapk­an lebih. Lawan kami bermain sebagai satu pasukan dan kami tidak. Ada perancanga­n menanti jika Roma berjaya ke Liga Juara-juara. Jika tidak, beberapa pemain ini akan bertukar kelab.

“Kami tewas kepada pasukan yang dibayar kurang berbanding kami, yang lebih rendah diri, tetapi lebih tinggi keazaman mereka dan mereka membuktika­nnya hari ini (kelmarin),” kata Ranieri berkenaan Roma, yang turut tewas pada perlawanan pertama Oktober lalu, 2-0.

Kemenangan keenam SPAL

Pemain Algeria, Mohamed Fares meletakkan SPAL di depan pada minit ke-22 dan Ranieri memasukkan pemain 19 tahun yang sedang menyinar, Nicolo Zaniolo selepas rehat untuk mengubah rentak.

Edin Dzeko yang cuba mendapatka­n bola hantaran Zaniolo dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Thiago Cionek dan Diego Perotti menyempurn­akan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan.

Tetapi tujuh minit kemudian Andrea Petagna meledak gol kemenangan SPAL menerusi sepakan penalti selepas kekasaran oleh pertahanan Roma, Juan Jesus.

Ini adalah kemenangan keenam SPAL musim ini dan yang pertama di laman sendiri sejak September dan melonjak mereka ke tangga ke-15, lima mata di atas garis penyingkir­an.

“Ia adalah persembaha­n yang hebat, kami menemui semula rentak kami petang ini (kelmarin),” kata pengendali SPAL Leonardo Semplici.

 ??  ?? Saya mengharapk­an lebih. Lawan kami bermain sebagai satu pasukan dan kami tidak” Claudio Ranieri, Pengendali AS Roma
Saya mengharapk­an lebih. Lawan kami bermain sebagai satu pasukan dan kami tidak” Claudio Ranieri, Pengendali AS Roma

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia