Berita Harian

Bottas hilang kata-kata

Anggap kemenangan atasi Hamilton pencapaian terbaik sepanjang kerjaya

-

Valtteri Bottas menyifatka­n kemenangan mengatasi rakan sepasukan Mercedes yang juga juara dunia, Lewis Hamilton dalam aksi pembukaan Formula Satu (F1) di Grand Prix Australia semalam sebagai yang terbaik sepanjang kerjaya.

Pemandu Finland itu bermula dari petak kedua, tetapi memintas Hamilton sebaik selekoh pertama untuk mendominas­i aksi di Albert Park hingga ke garisan penamat dengan kelebihan 20.9 saat (s) di depan Hamilton.

Bintang muda Red Bull, Max Verstappen melengkapk­an senarai pemenang podium selepas berjaya memintas pemandu Ferrari, Sebastian Vettel di pertengaha­n perlumbaan.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi tadi. Saya kehilangan kata-kata. Ia adalah perlumbaan terbaik sepanjang karier saya. Saya berlumba dengan baik dan jentera saya juga berada pada tahap terbaik,” kata Bottas.

Juara dunia empat kali, Vettel, sekadar berpuas hati di kedudukan keempat, ketinggala­n 57.1s di belakang Bottas. Rakan sepasukan Ferrari, Charles Leclerc pula kelima dan pemandu Haas, Kevin Magnussen keenam.

Kemenangan keempat

Bottas yang kemenangan terakhirny­a hadir pada aksi penutup 2017 di Abu Dhabi, sering dibayangi Hamilton sepanjang tahun lalu, gagal memenangi sebarang perlumbaan dan sering ditimpa masalah mekanikal.

Dengan sudah dalam tahun ketiganya bersama Mercedes, Bottas tahu dia perlu beraksi cemerlang apatah lagi dengan pelumba muda Perancis, Esteban Ocon sedang menunggu peluang sebagai pemandu simpanan pasukan.

Ia adalah kemenangan podium keempat Bottas dalam semua 119 perlumbaan F1 disertainy­a.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Bottas (kiri) memintas Hamilton (tengah) sebaik selekoh pertama untuk mendominas­i aksi di Albert Park, semalam.
[ FOTO AFP ] Bottas (kiri) memintas Hamilton (tengah) sebaik selekoh pertama untuk mendominas­i aksi di Albert Park, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia