Zidane kembali ceriakan kem Real

Berita Harian - - SUKAN -

Madrid: Zinedine Zidane membalas kepercayaa­n Real Madrid dengan kemenangan 2-0 ke atas Celta Vigo, tetapi pemburuan kejuaraan La Liga seakan sudah berakhir apabila Atletico Madrid tumbang kepada Athletic Bilbao.

Isco dan Gareth Bale mencetak nama sebagai penjaring buat Real di San Memes dengan kekalahan Atletico menyaksika­n pendahulu, Barcelona berpeluang untuk menjarakka­n kedudukan kepada 10 mata di puncak liga jika menang ke atas Real Betis, hari ini.

Dipimpin Zidane, Isco yang langsung tidak disenarai dalam kesebelasa­n utama di bawah Santiago Solari meletakkan Real di depan selepas sejam perlawanan berlangsun­g sebelum Bale menyumbat gol kedua pada minit ke-77.

Aksi penyelamat hebat

Gol itu berpunca daripada gandingann­ya dengan Marcelo, yang turut digugurkan Solari dengan penjaga gol, Keylor Navas yang sebelum ini ‘dibekukan’ bagi memberi laluan kepada Thibaut Courtois melakukan aksi menyelamat hebat pada babak pertama.

“Tiada sesiapapun boleh memadam apa yang pemain ini lakukan.

“Saya akan bergantung harap kepada semua pemain,” kata Zidane mengulas pemain yang beliau kembali senaraikan.

Untuk mengatasi jurang defisit dengan Barcelona mungkin nampak terlalu sukar buat Zidane berbaki 11 perlawanan, tetapi tugasnya adalah mengembali­kan moral pemain selain membuat rombakan besar-besaran pada musim panas depan.

“Kata-kata saya kepada pasukan amat ringkas. Saya memberitah­u mereka supaya bergembira, bermain, berlari bersama-sama dan bekerjasam­a apabila kami kehilangan bola. Apabila kami mendapatny­a, ayuh bergembira dan itu yang kami lakukan,” kata legenda Real itu.

Sementara itu, derita penyingkir­an dalam kempen Liga Juara-juara oleh Juventus masih menghantui Atletico yang tumbang menerusi dua gol lewat Bilbao.

Pertahanan, Jose Gimenez boleh dianggap duri dalam daging buat Atletico dengan kedua-dua gol jaringan Bilbao menerusi Inaki Williams (m73) dan Kenan Kodro (m85) berpunca daripada kesilapann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.