Berita Harian

Bayern cuba pikat Klopp

-

London: Jurgen Klopp tidak akan terganggu dengan pujian Franz Beckenbaue­r selepas legenda Jerman itu melabelnya sebagai calon paling ideal untuk memacu Bayern Munich.

Liverpool menewaskan Bayern 3-1 pada aksi kedua 16 terbaik Liga Juara-juara di gelanggang lawan, Khamis lalu untuk menyingkir­kan gergasi Jerman itu daripada kancah Eropah.

Beckenbaue­r, yang juga pemenang Piala Dunia dan Piala Eropah bersama Jerman dan Bayern mendakwa dengan melantik bekas jurulatih Borussia Dortmund itu, ia akan menjadi ‘tumpuan di utama’ Allianz Arena dan menyifatka­n Klopp mampu mengembali­kan corak permainan pantas kelab berkenaan.

“Seseorang memberitah­u saya ia dikatakan oleh Beckenbaue­r,” kata Klopp. “Tidak, ia tidak memberi saya tekanan.”

“Saya rasa bertuah untuk mengenalin­ya selama 14 tahun. Ia sesuatu yang agak istimewa dan saya fikir saya boleh katakan yang kami adalah rakan. Apabila dia bercakap perkara yang positif mengenai saya, ia seperti Raja memberikan anugerah ‘kesatria’,” katanya yang mengulas nama julukan Beckenbaue­r ‘Der Kaiser’ yang bermaksud raja.

Gembira di Liverpool

“Saya gembira di sini (Liverpool) tetapi jika saya tewas menentang Fulham apa yang kamu fikir akan terjadi selepas itu? Saya amat suka apabila orang bercakap mengenai perkara yang positif mengenai saya dan ia penting untuk saya. Tetapi akhirnya ia tidak mempengaru­hi saya.”

Liverpool mara ke final Liga Juara-juara pada musim lalu sebelum tewas kepada Real Madrid dan ketika ini mereka bersaing sengit dengan Manchester City bagi pemburuan Liga Perdana Inggeris.

“Perkara yang pertama kamu perlu lakukan ialah memastikan semua orang menghormat­i pihak lawan, dan kami akan melakukann­ya 100 peratus,” kata Klopp.

“Bagi saya, berada di sini di Liverpool memang sesuai untuk saya. Saya menggemari­nya. Kelab ini memberikan saya banyak peluang untuk mengembang­kan pasukan bola sepak yang amat baik.

“Sudah tentu semua orang sentiasa bercakap mengenai apa saja. Jika kamu menang, kamu adalah yang terbaik. Jika kalah, kamu tidak mempunyai sebarang ilmu mengenai bola sepak. Itulah dunia sekarang, tetapi di dalam kelab ini kami tidak terbabit dengannya kerana kami tidak berfikir seperti itu.

“Apa yang saya akan katakan adalah saya mempunyai keyakinan yang cukup untuk berkata saya adalah pengurus yang betul untuk kelab ini ketika ini.” AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia