City dilandasan rangkul 4 kejuaraan

Berita Harian - - SUKAN -

London: Manchester City mencipta kebangkita­n menakjubka­n untuk menewaskan Swansea City 3-2 dan melangkah ke separuh akhir Piala FA, kelmarin.

Skuad kendalian Pep Guardiola bangkit daripada ketinggala­n dua jaringan pada separuh masa pertama sebelum meledak tiga gol pada babak kedua dengan penyerang, Sergio Aguero menyumbat gol kemenangan.

Pada pertemuan di Selatan Wales itu, skuad Liga Kejuaraan, Swansea meraih permulaan baik apabila mendahului pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu 2-0 menerusi penalti Matt Grimes dan gol Bersant Celina.

Begitupun, Bernardo Silva merapatkan kedudukan pada minit ke-69 sebelum pelawat meningkatk­an tekanan menerusi penalti yang disempurna­kan Aguero.

Sekali pun sepakan penyerang Argentina itu menggegar palang, ia kemudian melantun yang menyaksika­n penjaga gol Swansea, Kristoffer Nordfeldt tertewas.

City yang memburu empat kejuaraan musim ini tampak makin berselera selepas jaringan berkenaan dengan gol kemenan- gan diledakkan Aguero pada minit ke-88 menerusi tandukan.

Bernasib baik

The Citizens begitupun boleh dikatakan bernasib baik apabila rakaman video mendapati sepakan penalti yang diperoleh Raheem Sterling untuk gol penyamaan sepatutnya tidak diberikan manakala Aguero berada di kedudukan ofsaid sebelum meledak gol kemenangan.

“Jika bukan disebabkan oleh penalti, dan juga ofsaid seperti orang lain katakan, saya memohon maaf,” kata Guardiola.

“Mereka bertanya kepada semua kelab mengenai VAR (Video Bantuan Pengadil) dan di seluruh Eropah sudah menggunaka­nnya tetapi bukan di sini. Saya tidak suka tewas perlawanan apabila keputusan salah tetapi pengadil tidak mahu membuat keputusan yang salah, namun mereka memerlukan bantuan.”

Selepas menjulang Piala Liga dan mara ke suku akhir Liga Juara-juara, kemenangan menyaksika­n City kekal dalam pemburuan empat kejuaraan utama musim ini. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.