Berita Harian

SMK Dato Harun kekal kejuaraan

-

Petaling Jaya: Juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Harun, Tanjung Karang mengekalka­n kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari untuk kali kedua berturut-turut selepas menewaskan SMK Sijangkang Jaya 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, di sini malam kelmarin.

Kemenangan kejohanan bola sepak bawah 15 tahun itu membolehka­n SMK Dato Harun membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000 dan trofi kejohanan, manakala selaku naib juara, SMK Sijangkang­jaya menerima wang tunai RM6,000

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pembanguna­n Generasi Muda, Sukan dan Pembanguna­n Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

Edisi kedua kejohanan berkenaan disertai 32 pasukan terbaik sekolah Selangor dan ditaja oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia