Oltmans pilih 4 muka baharu

Azrai, Arif antara jadi pilihan pikul tanggungja­wab kali ini

Berita Harian - - SUKAN - Oleh Naqib Nor Said

Saingan Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, bermula Sabtu ini bakal menyaksika­n kemunculan sulung dua pemain muda iaitu Azrai Aizad Abu Kamal dan Arif Syafie Ishak dalam skuad hoki kebangsaan.

Arif, 19, dan Azrai, 20, yang masing-masing beraksi di posisi pertahanan dan penyerang hampir pasti disenaraik­an dalam skuad 18 pemain yang akan diumumkan ketua jurulatih Roelant Oltmans, hari ini.

Meskipun belum ada pengesahan, namun daripada maklumat yang diterima, Oltmans sudah mengumumka­n nama dalam sesi latihan terakhir di Kuantan kelmarin kepada semua 28 pelatih skuad kebangsaan.

Dua lagi pemain yang dikatakan terpilih kali pertama adalah pertahanan Pasukan Hoki Terengganu (THT), Luqmanul Hakim Ahmad Syukran dan penjaga gol Maybank, Zaimi Mat Deris.

Tepat pada masa

Kehadiran keempat-empat muka baharu itu hadir tepat pada masanya ketika skuad Malaysian Tigers yang turun sebagai pilihan kedua di Ipoh, kehilangan khidmat tiga pemain senior iaitu Sukri Mutalib, Syed Syafiq Syed Cholan dan penjaga gol S Kumar.

Malah, bayangan itu seakan benar apabila Azrai yang ketika dihubungi mengakui terkejut apabila dipilih kali ini.

“Memang saya agak terkejut apabila diberitahu oleh jurulatih terpilih dalam senarai 18 pemain semalam, Insya-allah saya akan melakukan terbaik.

“Lebih manis, penampilan sulung saya ini hadir di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh yang menjadi gelanggang latihan saya sejak di bangku Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson,” katanya yang sebelum ini beraksi dalam saingan Piala Sultan Johor (SOJC) 2018 dan 2017 bersama pasukan remaja kebangsaan.

Pertahanan, Najmi Farizal Jazlan yang memilih untuk berehat seketika juga kembali berada dalam senarai pemain yang akan dibawa Oltmans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.