Zainal menang kereta cabutan bertuah

Berita Harian - - SUKAN -

Ayer Keroh: Pemain golf dari Ipoh, Zainal Md Tap mendapat hadiah terbesar dalam hidupnya apabila memenangi sebuah kereta PERODUA Axia menerusi cabutan bertuah pada Kejohanan Melaka 750+7 Terbuka Terbuka 2019, di sini, semalam.

Zainal, 58, tidak menyangka sama sekali akan menjadi seorang daripada dua pemain golf paling bertuah daripada lebih 800 peserta yang menyertai kejohanan itu termasuk dari China, Jepun, Singapura, Brunei, Indonesia dan Malaysia .

Sebuah lagi kereta dari jenama sama dimenangi oleh warganegar­a Jepun, Shigetoshi Nakata.

Sementara itu, pemenang keseluruha­n kejohanan ini menjadi milik Amir Benno daripada Danau Golf Club, UKM, Bangi.

Hadiah menarik

Kejohanan tahunan kerajaan Melaka dan Ayer Keroh Country Club Berhad (AKCCB) diadakan di empat lapangan iaitu Tiara Golf Resort, Orna Golf & Country Club, A Famosa & Country Club dan Ayer Keroh Country Club bermula Sabtu hingga semalam. Pelbagai hadiah menarik disediakan sepanjang dua hari kejohanan yang keseluruha­nnya dianggarka­n bernilai RM200,000.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Yang dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob. Hadir sama Ketua Menteri, Adly Zahari dan Exco Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan negeri merangkap pengerusi pertanding­an, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

[ FOTO NAZRI ABU BAKAR / BH ]

Amir Benno (kanan) menerima hadiah daripada Mohd Khalil.

Zainal Md Tap bersama kereta PERODUA Axia yang dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.