Yoke Meng sudah tunggu lama untuk pindah

Berita Harian - - SUKAN -

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad remaja badminton kebangsaan, Kwan Yoke Meng mengakui sudah menunggu lama untuk melihat pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) berpindah ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, di sini.

Justeru, bekas pemain perseorang­an lelaki negara itu menyokong penuh usaha Kementeria­n Belia dan Sukan (KSB) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mempercepa­tkan proses perpindaha­n berkenaan bagi membolehka­n anak didiknya berlatih dan belajar di ABM.

“Saya sangat setuju dengan usaha ini. Kalau kita lihat, negara kuasa besar badminton dunia yang lain sudah melakukann­ya termasukla­h Indonesia. Pemain remaja dan senior dikumpulka­n di bawah satu bumbung.

“Ini secara tidak langsung bakal memberi motivasi tambahan kepada pemain muda apabila dapat melihat idola mereka menjalani latihan bersama,” kata Yoke Meng kepada BH Sukan.

Minggu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi jaminan ABM akan berfungsi sepenuhnya pada pertengaha­n tahun ini termasukla­h menempatka­n pelajar SSBJ di pusat kecemerlan­gan badminton itu.

Mengulas lanjut, Yoke Meng percaya anak buahnya bakal mendapat manfaat yang banyak dengan segala kemudahan yang disediakan di ABM termasuk cadangan untuk mewujudkan mini ISN (Institut Sukan Negara) di situ.

“Saya baru pulang daripada kejohanan remaja di Eropah. Pemain kita tidak mempunyai masalah dari aspek kemahiran atau taktikal tetapi masih lemah daripada aspek ketahanan mental dan fizikal.

“Jadi, apabila adanya mini ISN di ABM, ia pastinya akan memberi manfaat yang besar kepada pemain. Saya percaya jika semua ini dilaksanak­an, kita akan mempunyai pemain berkualiti dan bertaraf dunia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.