Berita Harian

Macau cabaran pertama skuad negara

-

Kuala Lumpur: Malaysia akan memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia di Hong Kong menentang Macau, Rabu ini yang mana ia disifatkan sebagai perlawanan wajib menang buat skuad negara.

Bekas pemain perseorang­an lelaki negara, Rashid Sidek, berkata tiada alasan buat skuad negara untuk tidak melakar kemenangan ke atas Macau biarpun kali ini dibarisi pemain muda.

“Perlawanan dengan Macau pasti menang sekali gus layak ke suku akhir. Tiada alasan untuk tidak menang kerana mereka bukan pasukan yang kuat,” kata Rashid kepada BH Sukan.

Sehari selepas itu, Malaysia akan bertemu pilihan kedua kejohanan, China yang turut diundi dalam Kumpulan D.

Rashid, berkata pertemuan dengan China bakal menjadi kayu pengukur buat barisan pemain muda negara untuk menilai jurang antara mereka dengan negara Tembok Besar itu yang turut membariska­n skuad kedua.

“Ia akan menjadi perlawanan yang menarik kerana China juga membariska­n pemain muda. Namun, atas kertas mereka tetap pilihan kerana seperti yang semua tahu pemain muda China memang berkualiti.

Peluang bukti kemampuan

“Jadi, ini peluang untuk pemain muda negara membuktika­n kemampuan mereka dan membalas kepercayaa­n BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Selama ini mereka sudah banyak kali diberi peluang beraksi dalam kejohanan antarabang­sa individu, jadi ini masa untuk tunjukkan yang mereka ada peningkata­n,” katanya.

Cabaran negara dalam acara perseorang­an lelaki akan digalas Soong Joo Ven dan Cheam June Wei manakala Lee Ying Ying dan Ho Yen Mei menggalas tugas perseorang­an wanita.

Dua beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani-goh Sze Fei dan Low Hang Yee-ng Eng Cheong turut berada dalam senarai ke Hong Kong selain beregu wanita, Pearly Tan-yap Ling dan Anna Cheong-lim Chiew Sien.

Saingan beregu campuran menyaksika­n Hoo Pang RonCheah Yee See dan Chen Tang Jie-peck Yen Wei disenaraik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia