Berita Harian

MFL tetap teruskan syor tubuh PMOM

-

Kuala Lumpur: Meskipun berdepan kehilangan ratusan juta susulan ‘bercerai’ dengan penaja rasmi, Telekom Malaysia (TM), namun Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tetap tidak berganjak untuk meneruskan cadangan penubuhan Pegawai Perlawanan Profesiona­l Malaysia (PMOM).

Perkembang­an itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam yang menjelaska­n calon pengurus besar PMOM akan tiba di Malaysia pada April dengan berkemungk­inan besar akan memulakan tugasnya bermula Jun ini.

“Pengurus besar PMOM sudah dikenalpas­ti dan akan sampai pada awal April nanti untuk menjalani sesi temuduga bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ahli lembaga pengarah yang lain.

Mahu terus laksana

“Jika semua berjalan lancar, kita berharap dia boleh memulakan kerja pada 1 Jun nanti. Sudah pasti kita mahu terus laksanakan dengan cepat (PMOM), namun kita kena fikirkan berdasarka­n bajet yang ada,” katanya ketika ditemui pada sidang media khas di sini, kelmarin.

Dalam masa sama, Kevin mengakui situasi yang sedang dialami badan pengendali itu sama sekali tidak merencatka­n operasi mereka meskipun kini berdepan kekangan kewangan.

“Sudah tentu apabila bajet sedikit maka hanya sedikit yang mampu kita lakukan. Operasi tidak terjejas dengan apa yang sedang kita lakukan sekarang, namun jika kekurangan kewangan, kita kena buat ikut bajet.

“MFL sendiri beroperasi di bawah beberapa juta bajet yang diperuntuk­an maka kekurangan pendapatan tidak menjejaska­n kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia