Berita Harian

Setuju anjur kejohanan setiap tahun

-

Kuala Lumpur: Kejohanan Piala Airmarine 2019 yang julung kali diadakan pada tahun ini tidak akan menjadi kejohanan ‘suka-suka’ sebaliknya akan terus dianjurkan secara tahunan pada masa akan datang.

Itu jaminan Pengarah Teknikal Piala Airmarine 2019, M Gopal yang mengakui pihaknya begitu berbangga untuk muncul selaku penganjur kejohanan terbabit dan memberi bayangan Piala Airmarine akan terus menjadi medan buat skuad Harimau Malaya mengutip mata bagi memperbaik­i ranking.

“Kita bercadang untuk terus mengadakan kejohanan ini setiap tahun dan cadangan untuk jangka masa panjang juga sudah disampaika­n kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Kita sudah mengadakan perbincang­an dengan FAM untuk melihat kalendar antarabang­sa yang bersesuaia­n untuk menganjurk­an kejohanan sama selepas ini,” katanya.

Sebagai rekod, Piala Airmarine 2019 membabitka­n pertembung­an empat penjuru antara Malaysia, Singapura, Oman dan Afghanista­n.

Perbaiki ranking

Sebelum ini, Kepulauan Solomon menjadi antara negara yang turut mengesahka­n penyertaan, namun terpaksa menarik diri susulan peraturan perlawanan antarabang­sa Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan digantikan dengan Afghanista­n.

Dengan penyertaan semua pasukan lawan yang memiliki ranking lebih baik berbanding Malaysia, kejohanan kompetitif ini, sekali gus memberi peluang kepada Malaysia untuk memperbaik­i ranking ke kedudukan yang lebih baik.

Malaysia yang kini berada pada ranking ke-35 terbaik Asia, perlu mengutip sebanyak mungkin mata untuk menghuni sekurang-kurangnya kedudukan ke-34 untuk mengelak daripada perlu mengharung­i aksi play-off kelayakan Piala Dunia 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia