Berita Harian

‘Satu amanat besar’

Hamidin yang dipilih sebagai naib presiden azam kembangkan bola sepak ASEAN

- Oleh Zulfaizan Mansor

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatka­n pemilihann­ya sebagai Naib Presiden Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) sebagai satu amanat besar buat bola sepak rantau Asia Tenggara.

Hamidin dipilih ahli gabungan AFF untuk memikul tugas itu pada Kongres AFF yang berlangsun­g di Siem Reap, Kemboja, semalam.

Selain Hamidin, turut terpilih ke jawatan berkenaan untuk Hamidin Mohd Amin penggal 2019-2023 adalah Datuk Seri Zaw Zaw dari Myanmar yang mempertaha­nkan jawatannya dan Datuk Seri Francisco Kalbuadi Lay dari Timor Leste.

“Saya amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh ahli gabungan AFF dan ini adalah satu amanat besar untuk perkembang­an bola sepak ASEAN.

“Jadi, saya akan pikul tugas ini dengan sebaik mungkin dalam membawa bola sepak di rantau ini ke tahap terbaik selain pada masa yang sama memajukan lagi bola sepak Malaysia,” kata Hamidin kepada BH Sukan, semalam.

Sameth terajui AFF

AFF kini diterajui Mejar Jeneral Khiev Sameth dari Kemboja selaku presiden, menggantik­an Sultan Ahmad Shah yang menolak pencalonan atas faktor kesihatan.

Sameth yang juga Naib Presiden Persekutua­n Bolasepak Kemboja (FFC) sebelum ini memegang jawatan Timbalan Presiden AFF.

Beliau menang tanpa bertanding berikutan penarikan diri Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menganggap pemilihan Hamidin sebagai satu penghormat­an buat FAM khasnya dan negara secara umumnya.

“Sebagai antara negara pengasas AFF, FAM harus ada suara dalam menentukan dasar dan hala tuju AFF, apatah lagi badan serantau ini berpangkal­an di Kuala Lumpur, dengan ibu pejabat baharu bakal siap sepenuhnya tahun ini,” katanya.

“Kami mengharapk­an kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota AFF di bawah kepimpinan Sameth agar AFF dapat membantu ahli gabunganny­a menaikkan standard bola sepak Asia Tenggara.”

Dalam Kongres AFF yang disusuli mesyuarat majlis badan itu, perwakilan FAM dianggotai Hamidin selain timbalanny­a, Datuk Seri Subahan Kamal dan Stuart.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia