Semua pihak perlu main peranan

Berita Harian - - SUKAN -

Kuala Lumpur: Semua pihak perlu memainkan peranan sebaik mungkin dalam memastikan pengambila­n pemain import tidak dianggap sebagai ‘perosak’ dalam Liga Malaysia (Liga M) atau hanya untuk melengkapk­an kuota pasukan semata-mata.

Pasukan, penyokong dan pemain import itu sendiri seharusnya memikul tanggungja­wab itu dalam memastikan usaha Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meningkatk­an lagi mutu liga tempatan ke tahap lebih tinggi dapat dicapai.

Bekas Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Status FAM, Abd Aziz Yeop Jamaluddin berkata peranan lebih besar perlu dimainkan oleh setiap pasukan bertanding dalam mendapatka­n pemain yang benar-benar berkualiti dan mampu menaikkan nilai pertanding­an Liga M.

Katanya, bermula dengan proses asas sebelum pengambila­n pemain import, kajian atau semakan terperinci perlu dilakukan setiap pasukan bagi mengelak tersilap mengambil pemain, sekali gus menyebabka­n berlaku pembaziran.

“Bila kata kualiti pemain import itu rendah, sudah tentu bayaran dia pun murah. Cuma kadang-kadang walaupun nilai dia murah, tapi kualiti pemain itu bagus dan tak semestinya juga yang mahal itu kualiti dia baik.

“Bagi saya, paling penting adalah aspek pemilihan pemain yang mana ada ujian kesihatan dan proses percubaan. Bukan kata main ambil saja berdasarka­n cadangan dari ejen, melihat CV (maklumat pemain) atau hanya berlandask­an video pemain di internet.

Siasat dahulu

“Tidak dinafikan ada pasukan buat macam itu terutama dalam keadaan terdesak ketika tempoh perpindaha­n pemain hampir ditutup. Kita faham pasukan ada kekangan, tapi sekurangku­rangnya mereka siasat terlebih dahulu latar belakang pemain sebelum berikan kontrak,” katanya kepada BH Sukan.

BH Sukan sebelum ini melaporkan ‘kuasa beli’ pemain import kebanyakan pasukan Liga M semakin menurun berikutan kebanjiran awang import kurang berkualiti.

Keadaan itu agak membimbang­kan terutama tidak sampai empat perlawanan sudah ada pemain import yang digugurkan, malah MFL dan FAM juga menjelaska­n pemilihan pemain import adalah hak mutlak pasukan.

Selain itu, Abd Aziz turut menegaskan penyokong juga seharusnya tidak terburu-buru mendesak pasukan menggugurk­an pemain import jika persembaha­n mereka tidak menjadi di awal musim.

“Penyokong seharusnya bagi ruang untuk pemain itu menunjukka­n kemampuan sebenar dan tidak menilai prestasi mereka hanya selepas dua atau tiga perlawanan.

“Pemain juga perlu bersungguh-sungguh dari awal dan jangan hanya bila di penghujung kontrak baru nak tunjukkan prestasi sebenar. Kadang-kadang kita lihat pemain import cemerlang pada Piala Malaysia kerana ketika itu adalah tempoh kontrak nak tamat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.