Nasib Chong Wei terjawab hari ini

Penentuan beraksi akan diputuskan doktor pakar kanser hidung di Taiwan hari ini

Berita Harian - - SUKAN - Oleh Helmi Talkah

Teka-teki mengenai kedudukan Datuk Lee Chong Wei sama ada akan dapat mempertaha­nkan kejuaraan Terbuka Malaysia bulan depan, dijangka terjawab hari ini, apabila jaguh badminton negara itu mengadakan rawatan susulan dengan doktor pakar yang merawat kanser hidungnya di Taiwan

Sama ada Datuk Lee Chong Wei boleh beraksi atau tidak pada saingan badminton Terbuka Malaysia, bulan depan dijangka diketahui selepas dia melakukan pemeriksaa­n tahap kesihatann­ya di Taiwan, hari ini.

Chong Wei difahamkan berlepas ke Taiwan, semalam bagi bertemu dengan doktor pakar yang merawatnya selepas menghidap kanser hidung sejak Julai tahun lalu.

Hanya lampu hijau daripada doktor membolehka­n dia membuat kemunculan semula sejak kali terakhir beraksi dalam kejohanan kompetitif pada Terbuka Indonesia, Julai tahun lalu.

Bagi bekas ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Rashid Sidek, dia berpandang­an peluang adalah tipis untuk melihat pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu beraksi pada Terbuka Malaysia.

Buat persiapan terbaik

“Saya bukan doktor dan tidak tahu mengenai tahap perkembang­an kesihatann­ya. Namun, mengenali Chong Wei ketika saya menjadi jurulatih, setiap kali dia mahu beraksi dalam manamana kejohanan dia akan buat persiapan paling terbaik.

“Dia seorang pemain yang sangat serius soal persiapann­ya. Sasaran dia adalah untuk menang dan bukan sekadar suka-suka untuk menyertai kejohanan.

“Dia juga seorang pemain yang tidak mudah untuk membiarkan lawan dengan mudah menewaskan dirinya. Jadi, dia akan buat persiapan yang terbaik dengan berlatih setiap hari,” kata Rashid kepada BH Sukan.

Pandangan Rashid itu turut berdasarka­n kepada situasi Chong Wei ketika ini yang mana pemain itu belum menjalani latihan penuh dan hanya berlatih sebanyak tiga kali seminggu.

Saingan Terbuka Malaysia akan berlangsun­g di Axiata Arena Bukit Jalil bermula 2 hingga 7 April.

Chong Wei yang juga juara bertahan, diundi bertemu pilihan kelapan dari India, K Srikanth untuk aksi pusingan pertama.

Dia sudah 12 kali muncul juara Terbuka Malaysia.

[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN / BH ]

Chong Wei ketika latihan skuad badminton negara di Akademi Badminton Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.