Berita Harian

Durian Musang King daya tarikan Papar

Kerajaan Sabah mahu majukan daerah lokasi pelanconga­n pertanian

- Oleh Rafiqah Dahali

Kerajaan Sabah mahu daerah ini dibangunka­n sebagai lokasi pelanconga­n pertanian, termasuk bagi penanaman durian Musang King yang semakin mendapat permintaan tinggi.

Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar, berkata Papar khususnya Kampung Kelatuan mempunyai tanah subur dan kedudukann­ya strategik, selain memiliki pemandanga­n indah untuk menarik pelancong.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, berkata hasrat itu mampu direalisas­ikan menerusi perancanga­n syarikat pengusaha tanaman durian Musang King, Neways Century Sdn Bhd (NWC) untuk membina resort mini dan inap desa di kawasan ladang durian.

“Saya akan membincang­kan perkara ini bersama Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan negeri untuk membangunk­an sektor pelanconga­n agro di Papar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah Projek Usahawan Musang King Eco Farm NWC yang turut dihadiri Pengasas NWC, Shahril Azmir Shariff di Kampung Kelatuan, di sini semalam.

Aidi berharap usaha itu mampu menjadikan Papar antara pengeluar durian Musang King secara besar-besaran di Sabah, sekali gus membuka banyak peluang pekerjaan untuk belia tempatan.

Tanam guna baja organik

Sementara itu, Shahril Azmir berkata, setakat ini pihaknya menanam enam pokok durian Musang King di ladang di Kampung Kelatuan dan lebih 400 lagi akan ditanam secara berperingk­at di tanah seluas kirakira lapan hektar.

“Selain Musang King, kami akan menanam durian jenis Udang Merah di ladang ini dengan menggunaka­n baja organik mesra alam. Walaupun NWC berpangkal­an di Shah Alam, kami melihat potensi besar Papar sebagai lokasi terbaik untuk pelanconga­n agro.

“Kedudukann­ya tidak jauh dari Kota Kinabalu dan pemandanga­n semula jadinya indah,” katanya.

 ?? [FOTO RAFIQAH DAHALI /BH] ?? Shahril Azmir menyampaik­an cenderahat­i kepada Aidi (kanan) selepas merasmikan pecah tanah Projek Usahawan Musang King Eco Farm NWC di Kampung Kelatuan, Papar, semalam.
[FOTO RAFIQAH DAHALI /BH] Shahril Azmir menyampaik­an cenderahat­i kepada Aidi (kanan) selepas merasmikan pecah tanah Projek Usahawan Musang King Eco Farm NWC di Kampung Kelatuan, Papar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia