Berita Harian

Kalabakan mampu jadi hab pengeluara­n daging

-

Tawau: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani sedia mengkaji cadangan mewujudkan Tapak Kekal Pengeluara­n Ruminan di Parlimen Kalabakan.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub, berkata pihaknya akan meneliti secara terperinci cadangan itu termasuk mengenal pasti kawasan sesuai, selain peruntukan yang bakal disalurkan.

Beliau berkata, apabila dilaksanak­an kelak, projek itu mampu meningkatk­an pengeluara­n daging tempatan sehingga 30 peratus.

Mampu jadi hab pengeluara­n

“Saya yakin jika Kalabakan mampu memulakan dan merealisas­ikan cadangan ini, ia akan muncul sebagai salah satu hab pengeluara­n daging tempatan di negara ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n bangunan baharu Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan bernilai RM1.6 juta, di sini semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong dan Pembantu Menterinya, Dr Daud Yusof; Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman serta Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Mazlan Aliman.

Sementara itu, mengulas keadaan kemarau di seluruh negara, beliau berkata, kementeria­nnya sudah merangka pelan kecemasan termasuk menyalurka­n pam air kepada petani bagi menyelamat­kan tanaman padi diusahakan mereka.

 ?? [FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING/BH] ?? Salahuddin bersama Junz Wong selepas melancarka­n bangunan baharu Pejabat PPK Kalabakan di Tawau, semalam.
[FOTO ABDUL RAHEMANG TAIMING/BH] Salahuddin bersama Junz Wong selepas melancarka­n bangunan baharu Pejabat PPK Kalabakan di Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia