Kerani rugi RM41,100 harapkan hadiah kenalan FB

Berita Harian - - SABAH & SARAWAK -

Miri: Belum pun reda dengan kes Macau scam, seorang kerani pengurusan syarikat, di sini, kerugian RM41,100 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan parcel scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata mangsa yang juga wanita berusia 26 tahun itu, terpedaya selepas berkenalan dengan lelaki dikenali David Lee Chang menerusi Facebook, 13 Mac lalu.

“Akibat percaya dengan kelicikan suspek, mangsa sanggup mengeluark­an simpananya RM41,100. Sepanjang perkenalan mereka, suspek dan mangsa hanya berhubung menerusi telefon.

“Suspek kemudian menawarkan hadiah membabitka­n seunit Macbook, iphone dan kasut berjenama terkenal.

Buat transaksi

“Mangsa terpedaya selepas suspek dikatakan akan menghantar barang itu melalui Global Express,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Mustafa berkata, suspek kemudian memperdaya mangsa dengan mengatakan barang terbabit sudah sampai di Hong Kong dan akan dihantar ke Malaysia selepas pembayaran dibuat.

“Mangsa terus melakukan transaksi pembayaran melalui nombor akaun diberikan suspek yang kononnya bayaran perlu dijelaskan untuk bayaran cukai keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mulai sedar dirinya ditipu selepas menceritak­an hal itu kepada rakannya, sebelum bertindak melakukan semakan ke Global Exspress.

“Hasil semakan mendapati, tiada barangan yang telah dihantar ke Malaysia atas nama mangsa,” katanya.

Mustafa berkata, orang ramai dinasihatk­an merujuk portal Polis Diraja Malaysia, rmp.gov.my, atau melayari laman web ccid.rmp.gov.my, bagi mendapatka­n maklumat lanjut berhubung penipuan kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.