Pusat beri pertimbang­an khas

Tindakan pastikan proses kelulusan tidak ambil masa lama

Berita Harian - - SABAH & SARAWAK - Oleh Melvin Joni

Kerajaan Pusat komited memberi pertimbang­an khas untuk permohonan kewarganeg­araan membabitka­n 766 kanak-kanak dari Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata pertimbang­an khas mengikut Perkara 12A Perlembaga­an Persekutua­n itu diperlukan demi memastikan proses kelulusan tidak mengambil masa terlalu lama.

Menteri beri jaminan

“Jaminan pertimbang­an khas itu sudah diberikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada pertemuan pada 22 Februari lalu.

“Kelulusan permohonan kewarganeg­araan mengikut Perkara 15A memakan masa yang lama. Isu ini yang saya ketengahka­n kepada Muhyiddin.

“Beliau sangat positif terhadap permohonan kami dan akan memberi pertimbang­an khas ke atas isu ini,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Fatimah Abdullah

Fatimah berkata, pertimbang­an berkenaan termasuk permohonan dikemukaka­n sebelum 2016, iaitu sebelum jawatan kuasa khas ditubuhkan bagi menyelesai­kan isu kewarganeg­araan kanak-kanak di Sarawak.

“Masalah tiada dokumen pengenalan diri dan tidak tentu kewarganeg­araan telah membelengg­u begitu ramai anak Sarawak selama ini, termasuk dalam kalangan generasi baharu sekarang,” katanya.

Beliau berkata, situasi tiada kewarganeg­araan berlaku disebabkan anak yang dilahirkan sebelum ibu bapa berkahwin, ibu bukan warganegar­a dan kewarganeg­araan anak mengikut ibunya.

“Statistik Jabatan Pendaftara­n Negara mendapati sekurang-kurangnya 766 kanak-kanak di negeri ini tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak berstatus warganegar­a Malaysia,” katanya.

Fatimah berkata, ramai lagi kanak-kanak seperti itu tidak dapat dikesan kerana terdapat ibu bapa yang tidak mendaftark­an kelahiran anak mereka dan tidak memohon sijil kewarganeg­araan untuk mereka, terutama yang menetap di kawasan pedalaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.