Masjid Terapung tarikan terbaru Sarawak

Berita Harian - - SABAH & SARAWAK -

Kuching: Masjid Terapung, yang terletak di tebing Sungai Sarawak, menjadi tarikan terbaru di bandar raya ini selepas Jambatan Darul Hana.

Masjid yang bernilai RM21 juta itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac lalu.

Mampu menampung 1,600 jemaah, selain mempunyai reka bentuk yang menarik, ia menjadi simbol keagungan syiar Islam.

Tatkala senja, panaroma sekitar masjid bertambah mengasyikk­an apabila ia dilimpahi cahaya keemasan matahari terbenam yang menampakka­n lagi seni binanya yang agung.

Pada malam pula, Masjid Terapung yang dibina di atas tapak warisan jalan Kuching itu akan diterangi dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) pelbagai warna bagi menaikkan lagi seri dan suasana di tebingan sungai itu.

Penduduk, Nur Apriyani Abdul Razak, 18, berkata beliau terpesona dengan keindahan seni bina masjid itu, sekali gus menjadi mercu tanda terbaru umat Islam di Sarawak.

“Kemudahan tempat berwuduk juga selesa, disediakan di luar dan dalam,” katanya.

Mercu tanda terbaru

Sementara itu, pengunjung dari Selangor, Hafizul Hakimi, 26, tidak menjangka tebingan Sungai Sarawak turut mempunyai Masjid Terapung seperti di Melaka dan Terengganu.

“Sebelum ini, saya hanya tahu mengenai jambatan Darul Hana. Sekali berkunjung ke sini rupa-rupanya ada satu lagi mercu tanda terbaharu di Bumi Kenyalang ini.

“Panaromany­a sungguh indah, apabila menyusuri tebingan sungai ini dengan Sarawak River Cruise pada waktu senja,” katanya.

Masjid bercirikan rekaan dan binaan Timur Tengah itu turut dibuka kepada bukan Islam untuk melihat rekaan dalamannya.

Ketika berucap pada majlis perasmian Masjid Terapung itu baru-baru ini, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berkata pembinaan masjid itu hasil cetusan idea Abdul Taib, selari dengan usaha untuk memperinda­hkan kawasan tebingan Sungai Sarawak.

[FOTO BERNAMA]

Masjid Terapung di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.