MALAYSIA AIRLINES

Amal pilihan terbaik manfaat pesawat A380

Berita Harian - - BISNES -

Perkhidmat­an Malaysia Airlines Bhd khusus untuk penerbanga­n umrah dan haji, Amal dianggap sebagai pilihan yang ‘masuk akal’ bagi syarikat penerbanga­n negara itu memanfaatk­an pesawat superjumbo A380.

Ketua Penganalis­is dan Ketua Perwakilan Asia Tenggara Pusat CAPA bagi Penerbanga­n, Brendan Sobie, berkata rancangan awal bagi Amal adalah untuk mempunyai persijilan pengendali­annya sendiri dan mendapatka­n pelabur baharu, bagi membolehka­n ia memberi tumpuan kepada pemulihann­ya tanpa risau terhadap A380.

“Amal mempunyai cita-cita jangka panjang untuk berkembang di pasaran Asia lain, dengan potensi pesawat A380 beroperasi dari dalam negara lain.

“Umrah adalah pasaran besar dan berkembang cepat yang berpotensi sesuai untuk sesetengah A380 yang mana memerlukan rumah baharu dekad selanjutny­a kerana beberapa syarikat penerbanga­n mula tidak menggunaka­n jenis pesawat itu lagi,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, ia mencabar untuk Amal beroperasi di luar Malaysia berikutan sekatan peraturan dan keperluan untuk mengatasi cabaran infrastruk­tur lapangan terbang yang menghalang operasi A380 di beberapa pasaran utama umrah.

Dalam laporannya yang dikeluarka­n baru-baru ini, Sobie berkata, Amal menyasar pasaran luas haji dan umrah Indonesia-arab Saudi dengan menawarkan sambungan melalui Kuala Lumpur.

Tambah destinasi

“Malaysia Airlines sudah menawarkan sambungan sehenti ke Arab Saudi dari empat destinasi Indonesia dan bercadang untuk menambah lagi tiga atau empat destinasi Indonesia dalam suku kedua 2019,” katanya, sambil menambah bahawa operasi pesawat berjadual dengan 737-800, yang mana pelengkap penumpang akan merangkumi hampir keseluruha­n penumpang yang bersambung kepada pesawat Jeddah dan Madinah Amal.

Beliau berkata, Amal sudah mengambil alih pengurusan dan penjualan catar A380 daripada Malaysia ke Jeddah dan Madinah di Arab Saudi.

“Pada April 2019, Amal bercadang untuk mengambil alih pesawat berjadual ke Jeddah dan Madinah yang kini di bawah jenama MAB menggunaka­n A330.

“Pesawat berjadual Madinah ditukar kepada (pesawat dengan) 486 tempat duduk A380-900, sementara pesawat berjadual Jeddah akan terus beroperasi dengan pesawat 290 tempat duduk A330-300 buat sementara waktu.

Sobie berkata, rancangan awal adalah untuk mempunyai syarikat penerbanga­n lain yang mengambil alih dan mengendali­kan enam A380 MAB, susulan penyesuaia­n semula kepada konfiguras­i kepadatan yang lebih tinggi.

Pada suku keempat 2019, Amal meninjau menggandak­an jumlah pesawat sewa khas untuk musim kemuncak umrah, memenuhi permintaan daripada ejen besar yang bertanggun­gjawab terhadap keseluruha­n A380.

“Pada suku ketiga 2019, jadual Amal akan berubah kepada Haji. Dalam tempoh Haji, hanya catar dibenarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

“MAB sentiasa menjadi syarikat penerbanga­n haji yang ditetapkan untuk pasaran Malaysia, membolehka­n ia membawa 50 peratus trafik haji Malaysia,” katanya.

Pesawat pajakan

Beliau berkata, Amal juga boleh memajak A380 untuk membawa jemaah haji di negara lain, menerusi kerjasama dengan syarikat penerbanga­n asing untuk tujuan itu.

Sobie berkata, pesawat pajakan Amal kepada syarikat penerbanga­n asing akan menjadi komponen penting bagi strategi jangka panjang syarikat untuk memacu trajektori pertumbuha­n pesat.

“Pakatan dengan syarikat penerbanga­n asing seperti Garuda atau Nesma berpotensi membolehka­n Amal dan MAB mengembang­kan armada A380, mengambil kesempatan daripada kadar sewa menarik seperti A380.

Sobie berkata, Amal mampu membawa trafik umrah dari negara lain dengan mengakses perkhidmat­an berjadual MAB untuk memasukkan penerbanga­n Amal dari Kuala Lumpur ke Arab Saudi.

[ FOTO HIASAN ]

Pesawat A380 kini digunakan khas untuk membawa jemaah umrah dan haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.