Berita Harian

PENERAPAN NILAI MURNI SEJAK KECIL

Persekitar­an di sekolah, rumah mempunyai pengaruh besar terhadap perkembang­an murid

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli ̌ Kuala Lumpur

Sekolah ialah institusi yang menjadi tumpuan kanak-kanak untuk mendapatka­n pendidikan formal seawal usia tujuh tahun.

Institusi ini bukan sahaja menjadi ruang untuk mereka belajar, menimba pengalaman dan bersosial antara rakan sebaya masingmasi­ng, malah menjadi tempat murid didedahkan dengan pelbagai kemahiran termasuk amalan nilai murni.

Oleh sebab itu, kanak-kanak di Malaysia diwajibkan mendapat pendidikan dan menjadi kesalahan sekiranya ibu bapa tidak memberi pendidikan kepada anak mereka.

Nilai murni didedahkan merentas kurikulum dalam beberapa mata pelajaran di sekolah termasuk dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia