Berita Harian

Pastikan pengurusan wakaf cantik

-

Bercakap soal wakaf, ramai sebenarnya melihat amalan itu dalam konteks sempit hanya untuk pembinaan masjid atau tanah kubur, sedangkan ruang lingkup infaq harta jauh lebih luas. Ringkasnya sebarang bentuk pembanguna­n dibenarkan, selagi tidak menyalahi faedah dinyatakan pewakaf atau bertentang­an syarak. Agak menyedihka­n apabila banyak tanah wakaf tidak terjaga seperti berlaku di Pulau Pinang. Jika dikategori­kan tidak berpotensi kita boleh terima, namun berbeza jika statusnya bernilai tinggi. Di sinilah majlis agama Islam negeri (MAIN) sebagai pemegang amanah perlu main peranan. Apa pun kita puji Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang sudah mengenal pasti 22 lot tanah wakaf berpotensi dimajukan. Bercakap soal pembanguna­n, pengurusan lebih sistematik aset wakaf perlu dipastikan, malah bentuk pelaburan tanah wakaf juga perlu selari perkembang­an moden. Kita percaya MAIN memikul tugas besar untuk pastikan rakyat benar-benar faham perancanga­n pembanguna­n aset wakaf. Kita tidak mahu kerumitan seperti di Tanah Wakaf Abdul Cauder di Pulau Pinang berulang dalam mana-mana projek pembanguna­n tanah wakaf lain. Apa yang pasti pengurusan tanah wakaf perlu sistematik kerana ia mencermink­an model pengurusan ekonomi Islam. Cantiknya model pengurusan wakaf, maka cantiklah juga imej Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia