Berita Harian

Food Bank diperluas ke universiti awam

Kabinet mahu bantuan segera diberikan kepada mahasiswa yang kesempitan wang di semua universiti awam (UA) dan 20 timbalan naib canselor sudah menyatakan persetujua­n mengadakan program Food Bank Malaysia di kampus masing-masing Kerajaan luluskan peruntukan

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Pendedahan BH mengenai nasib pelajar Universiti Malaya (UM) terpaksa menahan lapar kerana kesempitan kewangan, mendapat perhatian Kabinet yang mahu bantuan segera dihulur kepada mahasiswa memerlukan di semua universiti awam (UA).

Serentak itu, kerajaan turut meluluskan peruntukan RM3 juta kepada program Food Bank Malaysia untuk diperluask­an ke kampus UA, manakala Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertanggun­gjawab mengendali­kan program mengedar bekalan makanan kepada golongan sasaran.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata laporan isu mahasiswa ‘ikat perut’ oleh akhbar ini sejak Ahad lalu, mendapat perhatian Jemaah Menteri dan beliau sendiri berhubung dengan 20 timbalan naib canselor UA yang bersetuju mengadakan program Food Bank Malaysia di kampus masing-masing dengan segera.

Selesai isu secepat mungkin

“Isu mahasiswa lapar ini secara peribadi amat dekat di hati saya dan saya akan berikan sepenuh masa untuk selesaikan isu kepayahan mahasiswa ini secepat mungkin,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di sini semalam.

BH pada Ahad lalu mendedahka­n sebilangan pelajar UM terpaksa mencatu wang saku diberi keluarga, berjimat cermat, mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kesempitan kewangan.

Saifuddin berkata, operasi Food Bank Malaysia di kampus akan dikendalik­an sendiri oleh mahasiswa dengan sokongan KPDNHEP dan rakan strategik kementeria­n dari kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen dan Mutiara Foodbank.

Kementeria­n juga, katanya, menjadi penghubung serta pemudahcar­a dalam mendapatka­n komitmen dari pasar raya di seluruh negara untuk menyumbang lebihan makanan yang masih selamat dimakan bagi tujuan pengagihan oleh rakan strategik berkenaan.

Program bermula di UKM

“Sejak Food Bank Malaysia dilancar secara rasmi 22 Disember lalu, kementeria­n berjaya mendapatka­n komitmen 430 pasar raya untuk menyumbang lebihan makanan yang masih selamat dimakan,” katanya sambil menambah, program itu dimulakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 26 Februari lalu dan di UM pada 7 Mac.

Beliau berkata, pihak universiti dan persatuan mahasiswa yang ditemuinya baru-baru ini, turut menyatakan komitmen memberi sokongan penuh kepada program berkenaan seperti menyediaka­n kemudahan logistik di kampus masing-masing.

“Sebahagian universiti ada sekolah pengurusan hotel, jadi mereka ada dapur dan memudahkan barang (mentah) yang dikumpul dari pasar raya dimasak. Persatuan mahasiswa juga memberikan komitmen akan menyediaka­n sukarelawa­n untuk tugas pengagihan dan memasak,” katanya.

Mengenai kaedah mengenal pasti mahasiswa yang memerlukan bantuan, Saifuddin berkata, pihak universiti akan menyediaka­n senarai lengkap pelajar daripada keluarga B40.

“Ada sebuah universiti di Pantai Timur melaporkan mereka ada 1,700 pelajar dari keluarga berpendapa­tan RM1,000 ke bawah. Malah, berdasarka­n laporan yang saya terima, secara purata hampir 50 peratus pelajar di UA hari ini datang dari keluarga B40,” katanya.

Katanya, KPDNHEP juga dalam proses merangka rang undang-undang mengenai pelaksanaa­n bank makanan di Malaysia untuk dibentangk­an di Parlimen, dijangka pada hujung tahun ini.

Sementara itu, Guan Eng berkata, Food Bank Malaysia adalah inisiatif awam-swasta untuk memperluas capaian bank makanan yang ditubuhkan NGO dan pihak swasta bagi memastikan bantuan dapat disampaika­n kepada pihak yang memerlukan dengan sebaikbaik­nya.

Operasi Food Bank Malaysia di kampus akan dikendalik­an sendiri oleh mahasiswa dengan sokongan KPDNHEP dan rakan strategik kementeria­n dari kalangan NGO, iaitu Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen dan Mutiara Foodbank” Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ??
 ?? media di Putrajaya, semalam. [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Guan Eng bersama Saifuddin (kiri) menunjukka­n gambar program Food Bank Malaysia pada sidang
media di Putrajaya, semalam. [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Guan Eng bersama Saifuddin (kiri) menunjukka­n gambar program Food Bank Malaysia pada sidang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia