Berita Harian

‘Beri peluang kepada PH’

Kerajaan baharu perlu lebih masa perbaiki negara amal kleptokras­i 61 tahun: TPM

-

Rakyat mesti bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyelesai­kan pelbagai masalah berpunca daripada pentadbira­n kerajaan terdahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan mungkin memerlukan satu atau tiga tahun, malah mungkin lebih dari itu untuk memperbaik­i negara yang telah berada bawah amalan kleptokras­i selama 61 tahun.

“Untuk memperbaik­i sesuatu yang sudah lama bukan mudah, tiada tongkat sakti, tidak ada butang automatik yang anda boleh tekan (untuk selesaikan segala-galanya). Ia tidak berfungsi seperti itu. Ia memerlukan kerja keras dan air mata dan harus diusahakan oleh semua rakyat Malaysia.

“Kita mesti bekerja keras untuk memperbaik­i keadaan yang runcing dan proses ini mungkin mengambil masa lama lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Diaspora Bersama Rakyat Malaysia di Perancis di sini semalam.

Dr Wan Azizah dalam rangka lawatan kerja empat hari ke negara ini dengan agenda utama bagi mempengeru­sikan Mesyuarat Biro Pengurusan Transforma­si Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Sainstifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Sesi Ke-14 Majlis Antara Kerajaan bagi MOST.

Pada majlis yang dihadiri komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, perpaduan rakyat ialah elemen penting dalam negara mengorak langkah ke arah Malaysia baharu.

Tidak harus berprasang­ka buruk terhadap kaum lain

Sebagai negara majmuk, katanya, tidak harus ada mana-mana kaum berasa iri hati dan berprasang­ka buruk terhadap kaum lain.

“Kita melihat New Zealand satu negara yang begitu stabil, sejahtera dan begitu aman, tetapi dikejutkan dengan whitesupre­macy (mengagungk­an bangsa kulit putih) yang menyerang orang yang sedang bersolat, tidak bersenjata.

“Kita tidak boleh membenarka­n antara kita berasa iri hati, marah dan benci sesama sendiri sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut mengajak komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis untuk pulang ke tanah air bagi membantu membangunk­an negara menerusi kepakaran dan pengetahua­n masing-masing.

“Kita memerlukan semua diaspora Malaysia dari seluruh dunia untuk membantu membina Malaysia baharu,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Dr Wan Azizah berucap mempengeru­sikan IGC MOST di Ibu Pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), semalam.
[FOTO BERNAMA] Dr Wan Azizah berucap mempengeru­sikan IGC MOST di Ibu Pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia