Berita Harian

Penyelaras­an sejajar teknologi baharu

-

Kuala Lumpur: Kerajaan akan menyelaras Akta Perlindung­an Data Peribadi (PDPA) 2010 bagi memastikan ia sejajar dengan perkembang­an teknologi baharu, khususnya perkembang­an ekonomi digital pada masa kini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata perkara itu penting dalam dunia pendigital­an khususnya bagi pertumbuha­n ekonomi yang menggunaka­n platform internet.

Katanya Peraturan Perlindung­an Data Umum (GDPR) Kesatuan Eropah (EU) yang diperkenal­kan sejak tahun lalu mempunyai banyak peruntukan undang-undang baharu yang boleh diguna pakai bagi perlindung­an data.

Undang-undang mampu lindungi data

“Kita mempunyai PDPA, namun ia perlu diperbahar­ui supaya kekal relevan dalam pembanguna­n digital. Dunia hari ini, ramai yang menggunaka­n platform digital untuk memperluas­kan perniagaan dan ia merangkumi perkongsia­n data. Justeru, masyarakat memerlukan undang-undang yang mempunyai keupayaan untuk melindungi pelbagai data.

“Selain itu, GDPR EU terkini mempunyai peruntukka­n undang-undang yang mampu mengenakan hukuman berat terhadap perbuatan tidak mematuhi undang-undang,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n GDPR EU, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-ishsal Ishak dan Pengarah GRM Training Sdn Bhd, K Pathma.

Sementara itu, Gobind berkata, negara akan mengikut jejak langkah EU dalam melindungi data dan maklumat dengan menambahba­ik undang-undang sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia