Berita Harian

15 pertubuhan serah petisyen wajib vaksin

-

Kuala Lumpur: Beberapa pertubuhan dianggotai pakar, pegawai dan kakitangan perubatan semalam menyerahka­n petisyen ditandatan­gani 119,932 rakyat Malaysia menggesa Kementeria­n Kesihatan mewajibkan suntikan vaksin.

Wakil kira-kira 15 pertubuhan hadir menemui Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, kira-kira jam 11.30 pagi untuk menyerahka­n petisyen berkenaan.

Petisyen dimulakan Persatuan Pembantera­s Mitos Perubatan Malaysia (Medical Mythbuster Malaysia) sejak 25 Februari itu diterima sendiri oleh Dr Dzulkefly, yang turut berazam memberi sokongan penuh.

EXCO Kesihatan Am persatuan berkenaan, Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi, berkata pakar, pegawai dan kakitangan perubatan berterima kasih kepada semua pihak terutama menteri yang menyokong usaha bagi memastikan kesihatan dan keselamata­n rakyat Malaysia tidak terancam.

Katanya, inisiatif dimulakan persatuann­ya mendapat sokongan, bukan saja rakyat Malaysia, malah persatuan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berasakan suntikan vaksin adalah satu isu kesihatan yang penting dan harus diberi perhatian oleh semua pihak.

“Hari ini (semalam) kami tidak bersendiri­an kerana wakil dari 15 badan dan persatuan turut bersama untuk memberi sokongan bagi menyerahka­n petisyen ini kepada menteri.

“Menteri juga ketika ditemui, menyatakan iltizam dan komitmen ke arah mewujudkan vaksin mandatori dengan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk sokongan rakyat yang disampaika­n melalui petisyen ini.

Adakan perbincang­an bersama

“Harapan kami ialah Kementeria­n Kesihatan dan kementeria­n berkaitan serta pihak berkepenti­ngan dapat mengadakan perbincang­an secara bersama dan komprehens­if pada pelbagai peringkat dalam isu mewajibkan vaksin,” katanya kepada BH, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kempen untuk mewajibkan vaksin tidak akan berhenti setakat ini kerana masih banyak yang perlu dilakukan pelbagai pihak termasuk kerajaan.

“Kami belum bercadang untuk menghentik­an petisyen ini sehingga kerajaan membuat keputusan. Jumlah terkini tandatanga­n petisyen ini sudah menghampir­i 120 ribu dan ini perkembang­an yang amat baik.

“Kepada ibu bapa yang anak mereka keciciran vaksin, boleh dapatkan temu janji di klinik kesihatan dan kami akan terus memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat dalam isu vaksin di Facebook Medical Mythbuster­s Malaysia,” katanya.

Bersama Medical Mythbuster Malaysia bagi menyerahka­n petisyen ialah wakil ASEAN Commission For the Promotion and Protection of the Right of Women and Children, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Public Health Malaysia, Delegation Of Nurses, The Dressar & Co, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) serta IKRAM Health.

Selain itu, Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-medik), Persatuan Pakarpakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Malaysian Male Nurses (MMN), Islamic Medical Associatio­n Malaysia (IMAM), Malaysian Integrated Medical Profession­als Associatio­n (MIMPA), Medical Tweet Malaysia (Medtweetmy) dan Immunise4l­ife.

Kempen juga ada di pautan http://chng.it/nw4pzsdx (www.change.org) bertujuan mengumpul sokongan umum berikutan peningkata­n penularan penyakit cegahan vaksin seperti demam campak (measles) dan difteria yang dikesan semakin mengancam kesihatan rakyat Malaysia hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia