Berita Harian

UM hargai usaha BH dedah isu

Pihak universiti akan kerjasama dengan agensi, NGO pastikan mampu bantu pelajar B40

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Universiti Malaya (UM) menghargai usaha BH mendedahka­n isu kebajikan pelajarnya, mengarahka­n Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) memastikan tiada keciciran dalam proses agihan bantuan kepada pelajar dari keluarga berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Abdul Rahim Hashim, berkata pihaknya juga akan bekerjasam­a dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), organisasi korporat dan individu itu bagi memastikan UM mampu membantu pelajar B40 di universiti berkenaan.

Beliau juga meminta semua pihak yang mahu menyalurka­n bantuan serta pelajar dari kumpulan sasaran berhubung dengan BHEPA.

Pandang serius isu

“Pelajar yang memerlukan bantuan boleh berhubung dengan BHEPA bagi memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya dalam aspek kebajikan di kampus. Selain pemakanan, kita akan pastikan pelajar mempunyai akses kepada diet seimbang untuk kehidupan yang lebih baik sepanjang menuntut di kampus ini,” katanya kepada BH, semalam.

Abdul Rahim berkata, pihak universiti memandang serius isu berkenaan kerana makanan adalah keperluan asas pelajar untuk meneruskan aktiviti kampus dan kekal cergas dalam meneruskan pengajian kerana mereka adalah harapan untuk mengubah nasib keluarga pada masa hadapan.

Mengenai usaha UM sendiri, beliau berkata, pelbagai inisiatif dan mekanisme untuk membantu mahasiswa B40 telah diperkenal­kan di kampus UM seperti zakat, derma siswa, elaun sara hidup, bantuan wang tunai untuk kecemasan, kupon makanan, ‘food bank’, ‘central kitchen’ dan edaran makanan.

“Bantuan ini diurus selia oleh BHEPA, fakulti serta pertubuhan pelajar bagi memastikan pelajar B40 juga mempunyai akses kepada makanan yang berkhasiat. Daripada 7,500 pelajar B40 di UM, 1,000 dikenal pasti dari keluarga berpendapa­tan kurang RM1,000,” katanya. Naib Canselor UM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia