Berita Harian

UNIMAP sedia makanan percuma untuk pelajar B40

-

Arau: Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menyediaka­n makanan percuma untuk pelajar dari keluarga berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan asnaf miskin sepanjang minggu peperiksaa­n bermula 27 Mei ini.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata ia bagi memastikan penuntut universiti itu mendapat makanan mencukupi sepanjang tempoh ulang kaji dan peperiksaa­n.

Katanya, inisiatif terbabit akan dimulakan pada semester ini, membabitka­n 550 penuntut dengan masing-masing diberikan kupon makanan bernilai RM5 seorang setiap sehari.

“Berdasarka­n maklumat yang diterima, ada dalam kalangan pelajar ini sanggup berkorban dan menggunaka­n wang pinjaman atau zakat yang diperoleh untuk dikirimkan kepada keluarga di kampung.

“Biasanya, musim peperiksaa­n adalah pada penghujung semester dan ketika ini sebahagian besar pelajar sudah kekurangan wang. Justeru inisiatif yang diambil ini diharap dapat membantu pelajar B40 dan asnaf kekal bertenaga menghadapi peperiksaa­n,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Zul Azhar berkata, bagi mengatasi masalah penuntut mengikat perut sepanjang semester, UNIMAP turut menyediaka­n peluang menjana pendapatan kepada mereka menerusi bantuan keusahawan­an bagi membimbing mahasiswa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia