Berita Harian

Racun Paraquat diharam Januari depan

Penggunaan ancam alam sekitar, bahaya kepada kesihatan

- Oleh Samadi Ahmad

Jabatan Pertanian akan menguat kuasa pengharama­n penggunaan racun Paraquat dalam pertanian kerana dibuktikan sebagai ejen pencemar alam sekitar dan berbahaya kepada kesihatan pengguna bermula awal Januari tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub, berkata penggunaan racun tidak berdaftar itu bukan sahaja mengancam keselamata­n makanan negara, malah turut membahayak­an kesihatan dan merosakkan alam sekitar.

Beliau juga berkata pengharama­n Paraquat tidak akan memberi kesan besar dari segi kos kepada peladang dan petani di negara ini.

Katanya, walaupun Paraquat lebih murah berbanding racun alternatif yang dicadangka­n kerajaan seperti glyphosate dan glufosinat­eammonium, Paraquat perlu digunakan lebih kerap berbanding racun alternatif itu.

Terhad kepada 4 tanaman

Katanya penggunaan racun Paraquat itu pula hanya terhad kepada empat jenis tanaman iaitu kelapa sawit berumur di bawah dua tahun, getah, padi bukit dan kegunaan membunuh tunggul tanaman nanas yang dipantau mengikut Peraturan-peraturan Racun Perosak Berbisa 1996.

“Racun makhluk perosak yang tidak didaftarka­n itu dijual pada harga yang lebih murah berbanding racun berdaftar sekali gus menyebabka­n petani memilih jalan mudah untuk penjimatan,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Pengharama­n Paraquat di kementeria­nya di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) MOA, Datuk Salim Parlan dan Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali.

Cadangan pengharama­n Paraquat diusulkan Kementeria­n Kesihatan pada 1985 dan Jabatan Pertanian melalui Lembaga Racun Makhluk Perosak mengambil pendekatan berhemah sejak tahun 2006 dalam menuju pengharama­n racun berkenaan.

Kesan penggunaan racun berkenaan tiada antidot dan tidak mudah terurai dalam tanah serta mendatangk­an kesan buruk jangka panjang seperti dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan pernafasan, kanser kulit, parkinson, ketidaksub­uran, keguguran dan kecacatan bayi.

Salahuddin berkata, racun Paraquat itu dipercayai mengandung­i perawis aktif yang menyebabka­n sifat membunuh kepada rumpai apabila terkena pada bahagian tumbuhan dan bertindak cepat serta tahan siraman hujan walaupun dalam masa singkat selepas kerja semburan dilakukan.

“Bagi mengatasi masalah lambakan racun makhluk perosak tidak berdaftar itu, MOA melalui Unit Serbuan Bahagian Kawalan Racun dan Baja akan melakukan penguatkua­saan yang lebih kerap terutamany­a membabitka­n kawasan panas dan kemasukan di pintu masuk sempadan negara,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] ?? Salahuddin (kiri) melancarka­n Paraquat di Putrajaya, semalam. Kempen Kesedaran Pengharama­n
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR /BH] Salahuddin (kiri) melancarka­n Paraquat di Putrajaya, semalam. Kempen Kesedaran Pengharama­n
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia