Berita Harian

Najib mahu lengahkan perbicaraa­n: Tommy

Bekas PM bangkitkan pelbagai isu pada setiap peringkat kes

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Peguam Negara, Tommy Thomas, memberitah­u Mahkamah Rayuan semalam, bahawa Datuk Seri Najib Razak membangkit­kan pelbagai isu untuk melengahka­n perbicaraa­n kes pecah amanah dan menyalahgu­nakan kedudukan membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd yang dihadapiny­a.

Beliau berkata, ini dapat dilihat apabila kedua-dua pihak sebelum ini sudah bersetuju bahawa kes membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd itu dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi dan pihak pendakwaan dan pembelaan tidak pernah bertelagah mengenai perkara itu.

“Pemohon (Najib) bagaimanap­un membangkit­kan pelbagai isu untuk melewat-lewatkan perbicaraa­n pada setiap peringkat kes ini.

“Permohonan untuk mencabar kuasa Pendakwa Raya dalam rayuan ini adalah tidak berasas dan sehubungan itu kami mohon rayuan ini ditolak,” katanya.

Perintah larangan terhadap media

Tommy berkata demikian dalam empat rayuan interlokut­ori dimohon Najib membabitka­n tujuh tuduhan dihadapiny­a membabitka­n dana SRC Internatio­nal.

Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan­nya untuk mendapatka­n perintah larangan terhadap media dan orang ramai daripada membincang­kan dan menerbitka­n kenyataan mengenai merit kes SRC Internatio­nal dihadapiny­a.

Sementara itu, Najib dilihat terlelap ketika peguamnya, Harvinderj­it Singh, sedang berhujah untuk kes itu.

Anggota polis yang berada berhampira­n kemudian menghampir­i dan memegang bahu bekas perdana menteri itu dan berkata sesuatu.

Najib yang tersedar berikutan sapaan oleh anggota polis itu, kemudian mengangguk dan kembali mendengar hujah peguamnya.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentinga­n peribadi membabitka­n RM42 juta berkaitan syarikat SRC.

Beliau kemudian didakwa dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitka­n dana sama.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Zabariah Mohd Yusof, bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan, menetapkan Khamis ini bagi keputusan rayuan terbabit.

Permohonan untuk mencabar kuasa Pendakwa Raya dalam rayuan ini adalah tidak berasas dan sehubungan itu kami mohon rayuan ini ditolak” Tommy Thomas, Peguam Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia