Berita Harian

Ketua penolong pengarah antara empat ditahan SPRM

-

Alor Setar: Seorang ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan dan tiga kontraktor direman empat hari bermula semalam, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM1.2 juta.

Perintah reman terbabit dikeluarka­n oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Rashidah Azmi mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Permohonan reman dibuat Pegawai Penyiasat SPRM Kedah, Vitwat Eh Chan.

Tuntutan palsu

BH Online sebelum ini melaporkan SPRM menahan mereka yang disyaki terbabit dalam tuntutan palsu berhubung pembekalan dan perkhidmat­an untuk Kementeria­n Pelanconga­n berjumlah RM1.2 juta membabitka­n program pelanconga­n di Pulau Langkawi, antara 2014 hingga 2016.

Sumber SPRM berkata, keempat-empat individu terbabit termasuk ketua penolong pengarah yang juga seorang wanita ditahan antara jam 5 hingga 5.30 petang kelmarin di rumah masing-masing di sekitar Alor Setar.

“Ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan itu berusia 41 tahun, manakala tiga lelaki yang juga kontraktor itu berusia antara 34 hingga 43 tahun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahka­n tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sementara itu di Putrajaya, Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya sedia memberi kerjasama kepada SPRM berhubung siasatan tuntutan palsu berkaitan pembekalan dan perkhidmat­an untuk kementeria­n itu bernilai RM1.2 juta.

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi, berkata kerjasama akan diberikan sekiranya perlu bagi membantu siasatan atas penahanan empat individu, termasuk seorang Ketua Penolong Pengarah sebuah jabatan kerajaan, semalam.

 ??  ?? Ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan antara empat ditahan reman bagi membantu siasatan.
Ketua penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan antara empat ditahan reman bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia