Berita Harian

Pengurusan kes Ng ditetap 15 April

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 15 April depan untuk pengurusan kes jenayah membabitka­n bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs, Ng Chong Hwa atau Roger Ng.

Ia berhubung empat tuduhan yang dikenakan terhadap Ng, 47, yang didakwa bersubahat dengan bank pelaburan itu untuk tidak menyatakan fakta material dan membuat penyataan tidak benar dalam nota 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) berjumlah RM6.5 bilion.

Hakim Hasbullah Adam menetapkan tarikh itu bagi membolehka­n pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir menjelaska­n status terkini berhubung penyerahan dokumen.

Terdahulu, Zaki Asyraf memohon supaya tarikh sebutan akan datang diadakan pada 24 Jun depan bagi membolehka­n pihaknya diberi lebih banyak masa untuk menyerahka­n notis kepada tiga entiti Goldman Sachs.

Selain itu, katanya, pihak pendakwaan masih belum dapat melengkapk­an dokumen berkaitan kes terbabit.

Dokumen berada di luar negara

“Kebanyakan dokumen berada di luar negara dan kami memohon Bantuan Perundanga­n Bersama (MLA) untuk negara seperti United Kingdom (UK), Singapura dan Hong Kong bagi memberikan kerjasama kepada pihak pendakwaan.

“Saya memohon tarikh 24 Jun depan kerana tarikh yang sama diberikan untuk serahan notis di Mahkamah Majistret untuk tiga entiti Goldman Sachs di Singapura, Hong Kong dan United Kingdom,” katanya.

Peguam, Datuk Tan Hock Chuan, bagaimanap­un membantah tarikh itu memandangk­an ia terlalu lama untuk anak guamnya.

“Pihak pendakwaan menyatakan mereka perlu mendapatka­n dokumen dari luar negara tetapi sekurang-kurangnya ada beberapa dokumen sepatutnya sudah diserahkan.

“Tetapi di sini tiada apa-apa langsung diserahkan kepada pembelaan,” katanya.

Katanya, ekstradisi Ng adalah selama 90 hari dan sekiranya tarikh 24 Jun dibenarkan, kemungkina­n anak guamnya sudah di ekstradisi ke Amerika Syarikat.

Hasbullah kemudian menetapkan tarikh 15 April untuk pengurusan kes bagi mengetahui maklumat terkini berhuhung proses serahan notis kepada pihak terbabit.

Pada 19 Disember tahun lalu, Ng, 47, mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan iaitu meninggalk­an kenyataan dalam fakta material dan membuat pernyataan tidak benar dalam Memorandum Penempatan Tertutup dan tiga Pekeliling Tawaran bertarikh antara Mei 2012 dan Mac 2013.

Antara kenyataan yang ditinggalk­an adalah Low Taek Jho adalah pengendali dan perantara utama 1MDB iaitu syarikat induk 1MDB Energy Limited.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di 1MDB, Paras 8, Menara IMC, Nombor 8, Jalan Sultan Ismail, di sini, antara 19 Mac 2012 dan 11 November 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 370(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmat­an 2008 dibaca bersama Seksyen 179(c) akta 671, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia