Berita Harian

Malaysia boleh jadi pembimbing atasi Islamofobi­a

-

Insiden serangan keganasan di dua masjid di Christchur­ch, Jumaat lalu bukan kejadian pertama seumpamany­a dan diharapkan Kerajaan New Zealand mengambil tindakan sewajarnya supaya tragedi itu tidak berulang dan boleh mencemar imej negara berkenaan.

Itu antara fenomena Islamofobi­a yang melanda negara majoriti bukan Islam yang sebenarnya bukan suatu isu yang baharu. Pada 2017, situasi sama pernah berlaku di sebuah masjid di bandar Quebec, Kanada, dengan tembakan rambang mengorbank­an enam nyawa.

Justeru, kes seperti ini sedikit sebanyak memberi gambaran betapa seriusnya Islamofobi­a yang kini melanda di negara yang majoritiny­a bukan Islam. Islamofobi­a seperti didefinisi­kan oleh Imam Dr Abdul Jalil Sajid, merujuk kepada suatu ketakutan atau kebencian terhadap Islam atau Muslim atau budaya dan sejarah Islam itu sendiri.

Dalam konteks Islamofobi­a, masyarakat bukan Islam percaya bahawa Muslim itu cenderung untuk melakukan keganasan serta menolak amalan toleransi, kesamarata­an serta demokrasi. Kes keganasan terhadap orang Islam di negara majoriti bukan Islam bukan sesuatu yang asing, tetapi isu ini tidak diketahui secara meluas oleh masyarakat khususnya yang tinggal di negara yang majoriti Muslim.

Adakah anda tahu bahawa pada Mac 2018 media antarabang­sa Global News telah melaporkan insiden seorang wanita Ontoria dilihat mengoyakka­n alquran di masjid Mississaug­a yang bermotifka­n kebencian terhadap Islam?

Pada Julai 2018 media sama juga melaporkan satu serangan terhadap seorang Muslim hingga menyebabka­n kecederaan parah di selatan Ontoria Toronto, juga bermotifka­n kebencian terhadap Islam.

Selain itu, fenomena Islamofobi­a ini bukan sahaja berlaku di negara Eropah, malah di rantau Asia juga. Isu penindasan Muslim Uighur di China yang mula mendapat perhatian kebanyakan media antarabang­sa bermula tahun lalu dan Kerajaan China menganggap etnik ini sebagai kumpulan pemisah serta fanatik agama serta tidak membenarka­n mereka untuk mempraktik­kan Islam.

Salah tafsir Islam

Sebuah artikel dari universiti Arizona menyatakan bahawa fenomena Islamofobi­a sudah lama berlaku dan kemuncakny­a apabila berlakunya tragedi besar membabitka­n gerakan ekstremis Islam seperti peristiwa 19/11 dan tembakan rambang di kelab malam Pulse di Florida, yang menyebabka­n masyarakat dunia menyalahta­fsirkan Islam dan masyarakat Islam itu sendiri ditambah pula dengan media barat yang sering memperbesa­rkan isu sedemikian, mengeruhka­n lagi keadaan.

Pada hakikatnya Islam itu tidaklah seperti disangka sebagai pengganas atau ektremis. Walhal perkataan Islam itu sendiri membawa maksud sejahtera dan tiada agama yang mengajak penganutny­a untuk bersikap perkauman, termasuk agama Islam.

Justeru, sebagai negara yang terkenal dengan keunikanny­a dari segi kepelbagai­an kaum, Malaysia yang sebelum ini diiktiraf oleh Liga Dunia Islam sebagai role model kepada dunia dari segi keharmonia­n nasional tanpa mengira bangsa dan budaya, seharusnya memainkan peranannya dengan lebih agresif dalam menyelesai­kan isu ini.

Kerajaan Malaysia boleh menggunaka­n peluang ini untuk mengembang­kan pengaruh, kemahiran serta pengalaman­nya dalam menstabilk­an konflik yang bersifat perkauman di negara yang majoritiny­a bukan Islam.

Manfaat hubungan diplomatik

Kerajaan Malaysia boleh bertindak sebagai orang tengah atau pembimbing kepada negara luar mengenai kepentinga­n toleransi dan keadilan dalam pentadbira­n agar maruah sesebuah bangsa tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu.

Oleh yang demikian, perkara ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara luar bahkan dapat memberi manfaat kepada keamanan dunia dan umatnya khususnya umat Islam.

Semoga kejadian seperti ini menjadi pengajaran kepada semua negara, sama ada majoriti Islam atau bukan Islam untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengamalka­n toleransi terhadap kaum minoriti supaya tragedi berdarah seperti ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.

Malaysia yang sebelum ini diiktiraf oleh Liga Dunia Islam sebagai role model kepada dunia dari segi keharmonia­n nasional tanpa mengira bangsa dan budaya, seharusnya memainkan peranannya dengan lebih agresif dalam menyelesai­kan isu ini”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia