Berita Harian

Cepat kejar masa untuk emas Olimpik

-

Berdasarka­n statistik, kontinjen negara sudah memenangi 11 pingat tujuh perak dan empat gangsa - sepanjang penyertaan pada Sukan Olimpik sejak mengambil bahagian pada temasya terunggul itu di Melbourne 1956.

Malangnya, kontinjen negara hingga hari ini masih tercari-cari pingat emas pertama tatkala negara rantau Asia Tenggara lain seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam sudah merasai nikmat memenangin­ya.

Pencapaian terbaik kontinjen negara pada temasya berprestij itu ialah tiga tahun lalu di Rio de Janeiro apabila membawa pulang lima pingat - empat perak dan satu gangsa - dalam sukan badminton, terjun dan basikal sekali gus menamatkan kedudukan di tangga ke-60 keseluruha­n.

Bagaimanap­un, tidak sampai 500 hari, temasya berprestij itu akan menjelma lagi dengan Tokyo, Jepun sebagai tuan rumah dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020. Sudah tentu, seperti sebelum ini seluruh negara berharap kemarau emas, akan berakhir.

Namun, apa yang merunsingk­an ramai ketika ini apabila persiapan atlet negara dari tiga sukan itu menghadapi pelbagai masalah seperti situasi sebenar Datuk Lee Chong Wei yang sedang berjuang dengan penyakitny­a di samping ‘penghijrah­an’ beregu lelaki dan campuran keluar dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bergerak secara profesiona­l dan berdikari sendiri.

Kecederaan juara terjun dunia 2017, Cheong Jun Hoong yang sedang dalam proses pemulihan tambahan pula prestasi Pandelela Rinong dan pengganti Jun Hoong yang masih kurang meyakinkan, selain ‘kehilangan’ jurulatih Yang Zhu Liang yang terpaksa meninggalk­an Malaysia atas desakan beberapa atlet dan pegawai, jelas meresahkan kita.

Prestasi jaguh basikal Azizulhasn­i Awang mungkin mengurangk­an sedikit keresahan itu tetapi pencapaian dua lagi rakan sepelatih di Melbourne iaitu Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis yang diharapkan dapat membantu kutipan mata untuk membolehka­n pasukan berbasikal turut layak dalam acara keirin dan pecut berpasukan mungkin agak samar.

Sukan SEA Manila 2019 sasaran tahun ini

Kita sedia maklum melalui beberapa bengkel perancanga­n program latihan yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan sukan kebangsaan sudah menggarisk­an matlamat keseluruha­n untuk menjadikan Sukan SEA Manila 2019 sebagai sasaran utama tahun ini.

Program latihan 2019 turut menerapkan program untuk melayakkan atlet ke Tokyo 2020 di mana negara mempunyai tempoh sehingga April 2020 tetapi beberapa prestasi semasa atlet yang dikenal pasti untuk melayakkan diri dan seterusnya mengejar emas pertama negara masih belum meyakinkan.

Kita tidak boleh berbangga setakat melayakkan diri sahaja tetapi tidak memberi kesan impak kepada prestasi sukan negara. Justeru, atlet daripada sukan lain yang boleh dianggap ‘penumpang’ ke Tokyo 2020 harus membuktika­n kewibawaan masing-masing apabila bergelar Olimpian.

Lagipun, Program Podium dan Program Kita Juara sudah pun distruktur semula susulan kegagalan di Sukan Komanwel Gold Coast serta Sukan Asia Jakartapal­embang tahun lalu dan diperkenal­kan dengan Sistem Tiering yang memberikan imbuhan kepada atlet mengikut tahap prestasi masing-masing. Namun, tibatiba Menteri Belia dan Sukan,

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kejutan minggu lalu apabila mengumumka­n skim imbuhan atlet yang baharu sekali gus memberi manfaat kepada atlet dalam jumlah yang lebih besar sedangkan mereka masih belum membuktika­n apa-apa lagi dalam masa yang terdekat ini. Adalah menjadi tanggungja­wab atlet untuk membuktika­n ini.

Adalah menjadi tanggungja­wab atlet untuk membuktika­n imbuhan baharu itu dapat melonjakka­n prestasi mereka mengejar podium bagi setiap kejohanan sasaran dan bukannya alasan demi alasan serta menyalahka­n orang lain sekiranya mereka gagal menepati sasaran ditetapkan.

Persoalann­ya, sekiranya ada lagi atlet membuat tuntutan sama untuk memilih jurulatih dan melaksanak­an program latihan sendiri, adakah Syed Saddiq akan memenuhi permintaan mereka? Malah, pendekatan mesra Syed Saddiq itu jelas mengundang keresahan pegawai persatuan yang lebih mengetahui setiap isu berkaitan atlet masing-masing.

Sepatutnya, Syed Saddiq menggunaka­n sepenuhnya jawatankua­sa kerja bersama MSN, Institut Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia dan persatuan sukan untuk membincang­kan serta membuat keputusan terbaik dalam merangka persiapan atlet seperti sebelum ini.

Jawatankua­sa kerja bersama itu sememangny­a sudah terbukti berkesan melalui pencapaian di Rio 2016 apatah lagi, semua pandangan dapat didengari sebelum satu keputusan tepat dibuat. Namun, pujian juga perlu diberikan kepada Syed Saddiq apabila berani mengekalka­n nama Program Podium dan meningkatk­an lagi bilangan atlet yang boleh mendapatka­n kelebihan daripada program itu walaupun berdepan tohmahan bahawa beliau seolaholah akur dengan kehebatan bekas Menteri Belia dan Sukan yang lalu, tetapi sikap keterbukaa­nnya sepatutnya tidak disalahert­ikan.

Umum mengetahui mengapa Program Podium yang terdahulu terpaksa distruktur­kan semula dan diharapkan pengurusan Program Podium terkini dapat mengejar masa memperbaik­i kelemahan terdahulu untuk mengejar emas yang diidam-idamkan oleh negaraku Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia