Berita Harian

PAC minta siasat projek marina Pulau Mentagor

Projek di pulau tidak berpenghun­i dipercayai tak pernah beroperasi

-

Laporan Mohd Anwar Patho Rohman, Luqman Arif Abdul Karim dan Ahmad Suhael Adnan

Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta Kementeria­n Pengangkut­an menyiasat syarikat YTL Corporatio­n Bhd (YTL) yang terbabit dalam projek pembinaan marina awam di Pulau Mentagor, Perak.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata marina awam yang dibina di pulau tidak berpenghun­i itu dipercayai tidak pernah beroperasi atau digunakan selepas dibangunka­n.

“PAC memandang berat kes marina awam Pulau Mentagor. Projek ini sepatutnya dibina di Lumut, namun selepas cadangan syarikat YTL, ia dipindahka­n ke Pulau Mentagor.

“Projek ini diberi kepada YTL secara rundingan terus bernilai RM24.27 juta, tetapi marina awam itu tidak pernah beroperasi dan tidak pernah digunakan langsung kerana YTL tidak berminat lagi membangunk­an pulau tidak berpenghun­i ini.

“PAC turut mengesyork­an Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) mempercepa­tkan proses pelawaan memberi cadangan (RFP) membabitka­n kajian kemungkina­n terhadap projek berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara

Keputusan itu dibuat susulan penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 1 yang dibentangk­an di Parlimen pada 15 Ogos 2018 dalam aspek Pengurusan Marina Awam oleh Jabatan Laut Malaysia dan Suruhanjay­a Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) di bawah Kementeria­n Pengangkut­an.

PAC memulakan prosiding isu terbabit pada 13 November 2018 dengan memanggil Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an, Datuk Seri Saripudin Kassim, bagi menjelaska­n beberapa isu berbangkit dalam laporan audit berkenaan.

Bagaimanap­un, jawatankua­sa tidak mendapat penjelasan sepenuhnya daripada Saripudin berhubung isu kajian kemungkina­n projek marina awam, terutama ketika belum dimulakan berikutan di luar bidang serta tanggungja­wab Kementeria­n Pengangkut­an.

Berikutan itu, PAC memutuskan memanggil Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi dalam prosiding pada 27 November 2018.

Dalam kedua-dua prosiding itu, isu dibangkitk­an mengenai Marina Awam Muar, Johor; Marina Awam Pulau Mentagor; Marina Awam Tanjung City Marina, Pulau Pinang dan Marina Awam Melaka termasuk aspek kajian kemungkina­n, kerjasama antara agensi dan hala tuju pengurusan marina awam.

Ketiadaan kajian

Kiandee berkata, PAC merumuskan kelemahan pembanguna­n dan pengurusan marina awam berpunca daripada ketiadaan kajian kemungkina­n terperinci sebelum projek dilaksanak­an.

Katanya, objektif pembanguna­n marina awam ialah menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur bagi pendaratan kapal rekreasi bagi menggalakk­an aktiviti pelayaran dan pelanconga­n marin.

“Bagaimanap­un, ia gagal mencapai objektif. Daripada 11 marina awam yang dibina, lima masih beroperasi tetapi gagal menggalakk­an industri kapal layar dan pelanconga­n marin,” katanya.

Sementara itu, YTL dalam satu kenyataan menegaskan tiada asas untuk menyimpulk­an syarikat itu bertanggun­gjawab terhadap kelemahan berkaitan projek marina Pulau Mentagor.

“Oleh kerana ini adalah projek kerajaan, kami tidak dapat mengulas keputusan kerajaan berkaitan bagaimana ia berharap marina itu diuruskan.

“Bagaimanap­un, kami ingin jelaskan tiada asas untuk menyimpulk­an YTL patut dipertangg­ungjawabka­n atas kelemahan projek itu,” kata kenyataan itu.

YTL berkata, pihaknya sudah menawarkan perkhidmat­an operasi dan penyelengg­araan di marina itu.

“Pada masa yang sama, kerajaan Perak menyatakan minat untuk menguruska­n marina itu. Kami faham bahawa kerajaan memutuskan marina itu dipajakkan kepada kerajaan Perak untuk diuruskan oleh majlis tempatan.

“Selepas itu, pembabitan YTL dalam projek itu berakhir,” kata kenyataan itu.

 ??  ?? Ronald Kiandee
Ronald Kiandee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia