Berita Harian

Malaysia diharap ratifikasi protokol basmi rokok seludup

-

diharap berupaya meratifika­si Protokol Membasmi Perdaganga­n Haram Produk Tembakau, tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata protokol itu sebahagian daripada Artikel 15 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (FCTC WHO).

Katanya, protokol yang dikuatkuas­akan sejak 25 September tahun lalu dengan membabitka­n 48 negara anggota kepada WHO FCTC itu, mengandung­i 47 artikel bagi menggarisk­an kawalan terhadap masalah penyeludup­an rokok tidak sah.

Ia merangkumi kawalan rangkaian bekalan seperti pelesenan, pengesanan, zon bebas, transit antarabang­sa dan penjualan di zon bebas cukai.

“Sehingga kini, penyertaan Malaysia dalam protokol ini belum diputuskan. Kementeria­n selaku urus setia kepada WHO FCTC mengadakan siri perbincang­an bersama agensi peneraju.

“Antara lain, ia merangkumi Kementeria­n Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan agensi berkaitan. Justeru, kita harap protokol ini diratifika­si tahun ini,” di Dewan Rakyat, semalam.

Kurangkan bilangan perokok

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (Ph-bagan Serai) berhubung cadangan Kementeria­n Kesihatan meratifika­si protokol berkaitan penyeludup­an tembakau mengikut FCTC sebagai langkah strategik ke arah mengurangk­an bilangan perokok di Malaysia.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Bn-lenggong) mengenai komitmen kerajaan terhadap langkah penguatkua­saan larangan merokok di tempat awam, beliau berkata, pendekatan punitif itu tetap dilaksanak­an mulai 1 Julai depan.

Katanya, cadangan memperluas­kan kawasan larangan merokok akan turut dipertimba­ngkan jika langkah itu mendapat penerimaan positif dalam kalangan rakyat.

“Ada negara yang mewartakan seluruh bandar raya sebagai kawasan larangan merokok, namun menyediaka­n tempat tertentu untuk merokok. Ia perkara yang boleh dipertimba­ngkan. Setakat ini, kita mempunyai kuasa mengeluark­an saman dengan had maksimum RM250, mulai 1 Julai depan,” katanya.

Sehingga kini, penyertaan Malaysia dalam protokol ini belum diputuskan. Kementeria­n selaku urus setia kepada WHO FCTC mengadakan siri perbincang­an bersama agensi peneraju” Dr Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia