Berita Harian

Kedudukan Pengerusi PAC dibincang

-

Kuala Lumpur: Anggota Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan bermesyuar­at minggu ini membincang­kan kedudukan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee, sebagai pengerusi jawatankua­sa itu.

Ahli Parlimen Subang yang juga Ahli PAC daripada PKR, Wong Chen, berkata mesyuarat dijangka dihadiri Kiandee dan juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad, yang dicadangka­n Barisan Nasional (BN) sebagai Pengerusi PAC baharu.

Wong Chen berkata, mesyuarat bertujuan mendapat maklum balas semua ahli PAC, sama ada bersetuju menukar Pengerusi PAC dan hasil pertemuan akan dibawa kepada pimpinan parti masing-masing sebelum dikemukaka­n ke Kabinet.

Pantau pembaziran, rasuah

“Kabinet dan pimpinan politik akan membuat keputusan atau memberi arahan selanjutny­a pada kami. Bagaimanap­un, jika diberi kebebasan politik untuk membuat keputusan, ahli PAC mahu jawatan Pengerusi PAC diberi kepada pembangkan­g kerana jawatankua­sa ini perlu memantau pembaziran dan rasuah kerajaan,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Wong Chen mengulas desakan beberapa Ahli Parlimen kerajaan, antaranya Hannah Yeoh (Ph-segambut) dan Nurul Izzah Anwar (Ph-permatang Pauh) yang mahu jawatan pengerusi PAC diberi kepada wakil pembangkan­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia