Berita Harian

Kini Rameli sahabat Hadi: Anwar

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahka­n Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Datuk Rameli Musa, adalah sahabatnya, tetapi kini memilih untuk bersahabat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

“Walaupun tidak ada kaitan (dengan isu dibahaskan) saya layan, tidak ada masalah. Rameli Musa memang sahabat saya.

“Beliau kemudian memilih menyokong PAS, terutama Presiden PAS sekarang (Abdul Hadi),” katanya ketika membahaska­n usul titah diraja di Dewan Rakyat, semalam.

Anwar menjawab celahan Hashim Awang (Pas-pendang) yang meminta beliau mengesahka­n sama ada Rameli disebut-sebut sebagai individu yang membayar RM1.4 juta kepada Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-brown, adalah sahabatnya.

Anwar menegaskan tiada masalah menjelaska­n hubunganny­a dengan Rameli.

“Kalau diminta beri penjelasan, saya bagi sebab saya tidak mahu gunakan peluang ini untuk bertegang leher dengan PAS.

“Saya tidak nafikan siapa sahabat, malah orang PAS sekarang pun ramai sahabat saya, tidak ada masalah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia