Berita Harian

Tak perlu rujuk kementeria­n tutup sekolah

-

Kuala Lumpur: Pihak pentadbira­n sekolah berkuasa sepenuhnya menutup sekolah atau mengehadka­n aktiviti luar sekiranya kualiti udara di kawasan masing-masing terjejas akibat jerebu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata pihaknya sudah merangka prosedur operasi standard (SOP) setiap sekolah untuk mengumumka­n penutupan jika Indeks Pencemaran Udara (API) mencatat bacaan tertentu.

Katanya, pihak sekolah boleh membuat pengumuman tanpa perlu merujuk kementeria­n, berbanding sebelum ini.

“Apabila bacaan API mencatat bacaan tertentu, wajib bagi sekolah ditutup dan sebarang aktiviti luar turut dilarang berdasarka­n SOP sedia ada.

“Maknanya, kita turunkan kuasa kepada sekolah supaya mereka tidak perlu lagi merujuk kepada Kementeria­n Pendidikan untuk mendapat kebenaran menutup sekolah atau mengehadka­n aktiviti luar.

Pantau jerebu

“Ketika ini, pihak sekolah perlu memantau situasi ( jerebu) dan apabila mereka berasa keadaan tidak selamat dan API merekodkan bacaan tertentu, mereka boleh tutup secara automatik,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau ditanya sama ada sekolah di kawasan yang mencatat bacaan udara tidak sihat disebabkan jerebu ketika ini akan diarah ditutup.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, API di dua kawasan mencatatka­n bacaan kualiti udara tidak sihat iaitu Banting (101) dan Rompin (177).

Shah Alam turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 124 setakat jam 1 pagi semalam, namun dilapor kembali menjadi sederhana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia