Berita Harian

Perhimpuna­n aman tolak kebencian Sabtu ini

-

Kuala Lumpur: Perhimpuna­n solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian susulan serangan ke atas masjid di Christchur­ch, New Zealand, akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata program dijadual bermula jam 7.30 pagi itu disertai masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Susulan serangan di New Zealand itu, sudah tiba masanya kita mempromosi dan memastikan kedamaian sebagai jalan terbaik dan bukannya kebencian dibalas dengan kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Kedamaian Antara Kaum dan Agama di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) di sini, semalam.

Mujahid berkata, program itu adalah peluang terbaik masyarakat berbilang kaum dan agama berjumpa serta bersama menentang keganasan dan kebencian yang boleh menggugat keharmonia­n.

Pengisian program

“Ini perhimpuna­n masyarakat yang mahukan kedamaian dan menolak membalas dendam dan menghasut masyarakat membenci kaum lain. Pengisian program ini, antara lain ceramah mempromosi budaya murni ‘jangan balas kebencian dengan kebencian’,” katanya.

Di Kuching, Pengerusi Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS), Datuk Seri Fatimah Abdullah, meminta masyarakat tanpa mengira latar belakang agama untuk bersatu dan menghentik­an keganasan seperti yang berlaku di masjid di Christchur­ch.

Beliau berkata, insiden itu adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dan hanya akan meninggalk­an trauma kepada ahli keluarga mereka yang dibunuh.

“Menjadikan masjid sebagai sasaran adalah tindakan pihak pelampau dan jelas tindakan itu dipandu oleh Islamophob­ia.

“Isu ini perlu dibincangk­an secara meluas sama seperti isu nasionalis­me melampau yang memfitnah pendatang dan ideologi yang menyebarka­n kebencian sesama manusia,” katanya di Pusat Penerangan Islam Sarawak (SIIC) di sini, semalam.

Susulan serangan di New Zealand itu, sudah tiba masanya kita mempromosi dan memastikan kedamaian sebagai jalan terbaik dan bukannya kebencian dibalas dengan kebencian” Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia