Berita Harian

111 sekolah ditutup sehingga akhir cuti penggal

-

Pasir Gudang: Semua 111 sekolah di sini akan terus ditutup sehingga akhir cuti penggal pada Sabtu minggu depan sebagai langkah berjaga-jaga.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata keputusan itu diambil selepas mendapat nasihat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kimia.

“Kementeria­n mendapati semua sekolah yang ditutup belum boleh dibuka dan tempoh penutupan ini masih berjalan sehingga dimaklumka­n nanti.

Kemas kini maklumat terbaru

“Saya berharap semua pihak mengambil maklum mengenai keputusan ini dan kementeria­n akan sentiasa mengemas kini sebarang informasi terbaru berkaitan isu pencemaran sisa kimia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pesakit yang mendapatka­n rawatan di pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), di sini, semalam.

Semua sekolah di Pasir Gudang ditutup sejak Rabu lalu berikutan pencemaran sisa kimia beracun di Sungai Kim Kim hingga sejumlah besar pelajar loya dan muntah.

Berdasarka­n takwim Kementeria­n Pendidikan, semua sekolah dijadual mendapat cuti penggal selama seminggu bermula Jumaat dan Sabtu ini.

Terdahulu, Maszlee menghadiri taklimat Sekretaria­t Pengurusan Bencana Johor di Majlis Perbandara­n Pasir Gudang.

Pagi semalam, Maszlee turut meluangkan masa melawat pelajar dan guru yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah akibat pencemaran itu.

Ditanya sama ada cuti yang diberikan akan diganti, beliau berkata, perkara itu akan diputuskan kemudian.

“Apa yang penting ialah keselamata­n semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah terjamin, sama ada cuti berikutan pencemaran itu perlu diganti atau tidak akan difikirkan kemudian.

“Bagaimanap­un, tarikh peperiksaa­n awam yang sudah ditetapkan Lembaga Peperiksaa­n Malaysia kekal dan tidak akan dianjakkan,” katanya.

Apa yang penting ialah keselamata­n semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah terjamin, sama ada cuti berikutan pencemaran itu perlu diganti atau tidak akan difikirkan kemudian. Bagaimanap­un, tarikh peperiksaa­n awam yang sudah ditetapkan Lembaga Peperiksaa­n Malaysia kekal dan tidak akan dianjakkan” Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Maszlee pada sidang media selepas melawat penduduk dan pelajar yang mendapatka­n saringan awal dan rawatan di Stadium Tertutup Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Maszlee pada sidang media selepas melawat penduduk dan pelajar yang mendapatka­n saringan awal dan rawatan di Stadium Tertutup Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia